[20/12/2018] Penambahbaikan Perkhidmatan e-Pengeluaran KWSP
e-Pengeluaran FAQ (BM) | e-Pengeluaran FAQ (BI) | Brosur e-Pengeluaran
Untuk makluman semua pelajar, pihak KWSP dalam usaha menambahbaik sistem e-Pengeluaran sedia ada. Berikut adalah implikasi terhadap penambahbaikan tersebut:
Penambahbaikan | Keterangan | Tarikh Kuatkuasa |
---|---|---|
Servis e-Pengeluaran |
Ahli kini TIDAK lagi dikehendaki hadir di pejabat KWSP untuk mengesahkan identiti mereka menggunakan pengesahan cap ibu jari (tertakluk kepada terma & syarat KWSP) |
1/1/2019 |
Laman web myEPF | Versi baharu | 18/1/2019 |
Sehubungan dengan itu, semua pelajar perlu ambil perhatian terhadap tarikh-tarikh penting berikut bagi tujuan e-Pengeluaran.
No. | Aktiviti | Tarikh Kuatkuasa |
---|---|---|
1. |
Penyerahan e-Pengeluaran melalui i-Akaun akan tergendala buat sementara waktu. Semua fail tidak akan dijana dalam masa ini. |
21/12/2018; 5 petang
– 31/12/2018; 9 malam |
2. |
Pelajar perlu mengemukakan permohonan pengeluaran di kaunter KWSP dalam tempoh peralihan ini.
|
21/12/18 – 31/12/18 |
3. |
Pelajar perlu memohon Surat Pengesahan Pengajian untuk tujuan Pengeluaran KWSP (seperti amalan sebelum ini)
|
21/12/18 – 31/12/18 |
4. |
Pelajar boleh memohon e-Pengeluaran secara online. |
1/1/2019 |
MAKLUMAN PENTING:
Sila pastikan semua PC yang mengakses laman web KWSP yang baharu dilengkapi dengan browser seperti berikut (mengikut browser masing-masing):
Browser | Versi | Browser | Versi |
---|---|---|---|
IE | 11 | Android Browser | 67 |
Firefox | 63 | Blackberry | 10 |
Chrome | 70 | Opera Mobile | 46 |
Safari | 12 | Chrome for Android | 70 |
Opera | 56 | Firefox for Android | 63 |
iOS Safari | 12.1 | IE Mobile | 11 |
Edge | 18 | UC Browser for Android | 11.8 |