[29/03/2021] Hari Informasi Pascasiswazah (HIP2021)

TAHNIAH kerana telah mendaftar sebagai pelajar Pascasiswazah UKM. Kami dengan ini berbesar hati ingin menjemput tuan/puan ke Hari Informasi Pascasiswazah (HIP2021). Majlis ini dirancang khusus untuk pelajar pascasiswazah yang baru mendaftar bagi membolehkan kami memaklumkan tuan/puan tentang aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Siswazah, kemudahan yang terdapat di kampus dan sesi ramah mesra bersama Naib Canselor UKM.

Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh

31 Mac 2021 (Rabu)

Masa

9.45 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat

Pautan ZOOM: https://ukm-edu-my.zoom.us/j/96196294832?pwd=TUVSdS9XL3JhS0x6UVY1UnpxVUs5QT09
Meeting ID      : 961 9629 4832
Passcode          : 104729

Facebook Pusat Siswazah UKM

https://www.facebook.com/pusatsiswazahukm

Penyertaan melalui ZOOM adalah terhad kepada 300 orang peserta sahaja. Para peserta boleh menyertai program ini melalui Facebook Pusat Siswazah UKM sekiranya platform ZOOM telah mencapai kapasiti maksimum. Pautan pendaftaran kehadiran program akan dipaparkan juga di ruangan komen Facebook Pusat Siswazah UKM.

Sekian, terima kasih dan salam hormat.