Per : Pertindihan Tarikh Peperiksaan Muet Sesi 3 (September) 2018 Dengan Peperiksaan Akhir Semester 3 Sesi Akademik 2017-2018

Merujuk kepada perkara di atas dan Kalendar Akademik 2017/2018, tarikh peperiksaan akhir bagi Semester 3 Sesi 2017/2018 telah dijadualkan pada 24 hingga 30 September 2018. Manakala tarikh Ujian Bertulis bagi MUET Sesi 3 (September) pula pada 29 September 2018. Oleh itu terdapat pertindihan tarikh bagi kedua peperiksaan tersebut.

Sehubungan itu, saudara/i dinasihatkan agar TIDAK mendaftar Peperiksaan MUET Sesi 3 (September) 2018. Sebarang permohonan untuk pertukaran tarikh peperiksaan dan menduduki Peperiksaan Gantian atas sebab menghadiri peperiksaan MUET adalah tidak dibenarkan.

Sekian, untuk makluman dan tindakan saudara/i.

Terima kasih.