UKMShape

(Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional)

| PTPTN

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN bagi pelajar UKM di bawah ambilan UKMShape bagi semua program eksekutif prasiswazah/siswazah perlu dibuat di bawah Kod IPT 03E – UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PUSAT PEMBENTUKAN PENDIDIKAN LANJUTAN DAN PROFESIONAL) – UKMShape.

Manakala, bagi semua program Sarjana Muda Sepenuh Masa – UKMi KECUALI program Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan Kerjasama UKM-UNPAD perlu dimohon di bawah Kod IPT 03 – UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA dan 03F – UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (CAWANGAN KUALA LUMPUR)
Berikut merupakan Kod IPT beserta jenis program bagi rujukan saudara/i sekalian:

i. 03 & 03F: Semua program Sarjana Muda Sepenuh Masa (UKMi) kecuali Sarjana Muda Doktor Perubatan UNPAD

ii. 03E: Semua program eksekutif (Prasiswazah/Siswazah) & Sarjana Muda Doktor Perubatan UNPAD

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Unit Pembiayaan Pendidikan UKMShape di talian 03-8927 2116 atau emel rasmi ukmcare@ukm.edu.my.
Terima kasih.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa bermula 10 Januari 2024, permohonan pinjaman PTPTN adalah secara digital sepenuhnya melalui aplikasi myPTPTN.

IMBAS UNTUK MUAT TURUN MYPTPTN
Terima kasih.

Senarai Semak Sebelum Membuat Permohonan Pinjaman PTPTN:

Empat (4) Langkah Pendaftaran Akaun myPTPTN:

Video
Langkah Pendaftaran Akaun myPTPTN

Video Proses eKYC

Sembilan (9) Proses Permohonan Pinjaman Baru:

| Maklumat PTPTN