UKMShape

(Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional)

| Tentang UKMShape

Sebelum ditubuhkan secara rasmi, Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) diletakkan di bawah Biro Rundingan dan Kembangan. Melihat kepada permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat dan tuntutan memenuhi keperluan masyarakat berilmu negara, pengurusan PKP akhirnya bersetuju untuk menubuhkan satu lagi pusat yang mampu memanfaatkan kepakaran UKM untuk pembangunan keilmuan dan ketrampilan. Usaha ini telah menaiktaraf Biro Rundingan dan Kembangan menjadi Pusat Kembangan Pendidikan yang ada pada hari ini pada tahun 1999.

Sejarah tercipta sekali lagi apabila tahun 2006, Pusat Kembangan Pendidikan telah digabungkan dengan Pusat Pengajian Berterusan bagi menumpukan khidmat peningkatan status akademik dan daya saing para masyarakat yang sedang bekerja. Kini, PKP masih lagi meneruskan usaha perkembangan akademik bagi masyarakat Malaysia.

Pada 29 September 2021, PKP ditukar nama kepada Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape).

1999
Pusat Kembangan Pendidikan

Dinaiktaraf daripada Biro Rundingan dan Kembangan

2006
PKP & PBJJ

Pusat Kembangan Pendidikan telah bergabung dengan Pusat Pengajian Berterusan Jarak Jauh

2021
UKMShape

Nama Pusat Kembangan Pendidikan ditukarkan kepada Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape)

Garis Masa UKMShape