UKM-YSD Chair for Sustainability

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Jawatan Kosong

  • Penolong Jurutera, JA29

Kursi Pembangunan Lestari UKM-YSD: Teknologi Sisa Sifar dengan ini mempelawa individu yang berminat dan berkelayakan

untuk mengisi jawatan Penolong Jurutera, JA29

MAKLUMAT JAWATAN

Gred Jawatan: Penolong Jurutera, JA29

Taraf Lantikan: Kontrak

Tempoh Kontrak: 2 tahun

Imbuhan dan Elaun Berkaitan: Imbuhan dan elaun yang akan dibayar adalah berdasarkan kelayakan mengikut gred dan pekeliling berkaitan.

Syarat-Syarat Asas Lantikan

Syarat asas yang akan ditimbangkan adalah seperti berikut;

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. mempunyai diploma dalam bidang kejuruteraan kimia, mekanikal atau mekatronik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)
  5. Syarat Bahasa Melayu
  6. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

 

  • Penolong Pegawai Sains, C29

Kursi Pembangunan Lestari UKM-YSD: Teknologi Sisa Sifar dengan ini mempelawa individu yang berminat dan berkelayakan

untuk mengisi jawatan Penolong Pegawai Sains, C29

MAKLUMAT JAWATAN

Gred Jawatan: Penolong Pegawai Sains, C29

Taraf Lantikan: Kontrak

Tempoh Kontrak: 2 tahun

Imbuhan dan Elaun Berkaitan: Imbuhan dan elaun yang akan dibayar adalah berdasarkan kelayakan mengikut gred dan pekeliling berkaitan.

Syarat-Syarat Asas Lantikan

Syarat asas yang akan ditimbangkan adalah seperti berikut;

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Mempunyai Diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Pokok: RM 1,782.91.00) ATAU
  4. Diploma dalam bidang kimia industry atau mikrobiologi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Pokok: RM 1,858.12)
  5. Syarat Bahasa Melayu
  6. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Tambahan :

  1. Berpengalaman dalam menganalisa sampel makmal seperti HPLC, GC, ASE, UV Spectrophotometer – diberi keutamaan
  2. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh Ketua Projek dari semasa ke semasa

Cara Memohon

Calon yang berminat untuk mengisi jawatan perlulah mengemukakan borang permohonan [rujuk lampiran] beserta dokumen berikut;

  1. Curriculum Vitae yang lengkap dan terkini.
  2. Salinan sijil-sijil yang berkaitan

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat berikut :

KURSI PEMBANGUNAN LESTARI UKM-YSD: TEKNOLOGI SISA SIFAR

Paras 1, Bangunan Pengajaran,

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan

(UP: Cik Siti Hajar Mohammad)

Temuduga

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mei 2019 (Jumaat).

Keterangan Am

Sebarang pertanyaan mengenai iklan bolehlah dirujuk kepada pegawai berikut;

 

Siti Hajar Mohammad

Pegawai Penyelidik

Kursi Pembangunan Lestari UKM-YSD: Teknologi Sisa Sifar

Paras 1, Bangunan Pengajaran,

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan

Tel : 03 8921 6031 Emel : sitihajar87@ukm.edu.my

Klik Download untuk muat turun borang permohonan