Lawatan Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI)

10 Ogos 2023 – UMBI telah menerima lawatan dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi mesyuarat pemantauan berkaitan projek R&D Mosti – Universiti Kebangsaan Malaysia. Lawatan adalah bersempena Mesyuarat pemantauan laporan akhir bagi projek penyelidikan yang bertajuk “Discovery of New COVID-19 variants via a large-scale genome surveillance program: a pilot of 3000 genomes”.

Delegasi dari MOSTI diwakili oleh Encik Shahrul Ramadhan Yahya (Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Dana MOSTI) dan dua panel iaitu En Azhar Hussain (Neoconsult PLT) dan Puan Anisah Ibrahim (SIRIM Berhad). Mesyuarat ini juga dihadiri oleh Cik Hamidah Nayan (Jabatan Bendahari UKM), Cik Siti Mariam Bokhri (Jabatan Bendahari UKM), Puan Adila Abdul Rashid (Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi UKM), dan Cik Nur Athirah Zainal (Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi UKM). Mesyuarat pemantauan yang diadakan secara hibrid ini juga dihadiri oleh enam wakil dari universiti dan institut yang terlibat iaitu Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Institute for Medical Research (IMR), Tropical Infectious Diseases Research & Education Center (TIDREC), Universiti Malaya Medical Center (UMMC), Integrative Pharmacogenomic Institute (iPROMISE) UiTM, dan Malaysia Genome and Vaccine Institute (MGVI).

Sejurus tamatnya mesyuarat pemantauan ini, delegasi kemudiannya dibawa melawat Makmal Penjujukan Genom dan Biobank sebelum sesi tamat pada jam 12 tengahari.


Gambar :
Mesyuarat Pemantauan Bersama Mosti

 

Artikel berkaitan:

1. Tahniah Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Felo Penyelidik Utama Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI)

2. Situasi Dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein COVID-19 Di Malaysia