Bengkel Kohort Milenia

28 Julai 2023 – Projek The Malaysian Cohort (TMC), lnstitut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) menganjurkan Bengkel Kohort Milenia pada 27 & 28 Julai 2023 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Bandar Tun Razak, Cheras. Bengkel ini merupakan inisiatif dalam memulakan pendekatan kajian kohort (seperti yang sedang dilaksanakan sekarang iaitu pengumpulan data kesihatan komprehensif, analisa data raya dan sampel biospesimen) kepada generasi melinia, dengan mengambil kira penggunaan teknologi baru dan digital.

Di samping itu, status dan hasil projek TMC sehingga kini (2006- 2023) telah dibentangkan oleh Ketua Projek dan perbincangan tentang penambahbaikan dalam resurvey kali ke 3 juga telah dilaksanakan. Program 2 hari ini telah di hadiri oleh Pengarah, Timbalan Pengarah dan Felo UMBI (Dr.Noroaidatulakma, Dr Muhammad Irfan, Dr. Tan Shing Cheng, Dr. Nor Azila Muhammad, Dr. Muhammad Redha) dan penyelidik yang telah terlibat bersama TMC sebelum ini seperti Prof. Dr. Suzana Shahar, Prof. Dr. Poh Bee Koon, Prof. Madya Dr. Mohd Razif (dari Fakulti Sains Kesihatan) Prof. Dr. Tuti Nginseh, Dr.Zahirrah (Fakulti Pergigian), Prof. Dr. Hamidah Alias (Jab.Peaditrik Fakulti Perubatan) dan Prof. Madya Dr Azmawati (Jab.Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan).

Gambar : BENGKEL KOHORT MILENIA THE MALAYSIAN COHORT