Bengkel Pengurusan Risiko Bagi Kakitangan Projek The Malaysian Cohort (TMC)

9 Ogos 2023 – Sekretariat Projek The Malaysian Cohort, UMBI telah mengadakan Bengkel Pengurusan Risiko bertempat di Bilik Mesyuarat The Malaysian Cohort. Bengkel ini diadakan bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan khususnya Sekretariat The Malaysian Cohort, UMBI dalam mengenalpasti dan mengurus risiko yang berkaitan dengan projek yang mana diperlukan bagi menjamin kelancaran dan kualiti hasil penyelidikan. Prof. Madya Dr. Mohd Hafizuddin Syah Bangaan Abdullah selaku Timbalan Pengarah daripada Pusat Pengurusan Risiko, Kelestarian dan Kesihatan Pekerjaan UKM (ROSH-UKM) telah dijemput sebagai penceramah dan pakar rujuk utama didalam bengkel sehari ini. Bengkel ini telah dihadiri seramai 15 kakitangan The Malaysian Cohort, UMBI termasuk Timbalan Ketua Projek (Penyelidikan dan Penerbitan), Timbalan Ketua Projek (Rekrutmen), Pengurus Projek, Ketua Pengurus Risiko The Malaysian Cohort dan UMBI. Bengkel dimulakan dengan sesi pembentangan Pengenalan Asas Mengenai Risiko dan diteruskan dengan sesi perbincangan dan penambahbaikan khusus ke atas Fail Pengurusan Risiko Projek The Malaysian Cohort yang telah dibangunkansebelum ini. Secara keseluruhannya, bengkel ini telah mencapai berjaya mencapai objektifnya.

Artikel berkaitan:

  1. Hari Keselamatan Kimia 2023
  2. Pemeriksaan Keselamatan & Kesihatan Tempat Kerja oleh Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM)
  3. Taklimat Pengurusan Buangan Terjadual (Sisa Kimia) & Botol Kosong

Gambar : BENGKEL PENGURUSAN RISIKO BAGI KAKITANGAN PROJEK THE MALAYSIAN COHORT (TMC)