Tahniah UKM untuk THE Impact Rankings 2024

Tahniah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana berjaya mencapai kecemerlangan dalam penarafan Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2024 apabila berjaya melonjakkan kedudukannya ke 201-300 universiti terbaik dunia, meningkat dua (2) sela berbanding kedudukan 401-600 pada tahun 2023.

Penarafan ini merupakan satu-satunya penarafan yang menilai penglibatan universiti berasaskan 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Terdapat empat (4) komponen utama yang dinilai iaitu penyelidikan, pengurusan, jaringan dan pengajaran.

UKM telah berjaya meletakkan enam (6) daripada 17 SDG yang disertai berada dalam kelompok 100 terbaik dunia iaitu SDG3 (#27), SDG6 (#46), SDG12 (#55), SDG7 (#62), SDG14 (#77) dan SDG1 (#97). 8 SDG lain berada pada kedudukan 101-200, 4 SDGs pada 201-300 dan 1 SDG pada 401-600.

Pencapaian UKM dalam pengiktirafan ini adalah hasil daripada komitmen dan kesungguhan yang tinggi warga UKM dalam melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan lestari dalam kampus serta sokongan berterusan semua lapisan warga kampus dalam mengadaptasikan budaya kecemerlangan, kemampanan dan integriti di UKM.
Tahniah UKM!