Webinar Perang Melawan Diabetes : Inisiatif UKM
Bersempena Hari Diabetes Sedunia pada 14 November setiap tahun, Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian dan Fakulti Sains Kesihatan akan menganjurkan satu sesi webinar bertajuk Perang Melawan Diabetes : Inisiatif UKM pada tarikh 14 November 2020 (Sabtu). Webinar ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran dan menonjolkan inisiatif utama kami di Kampus KL UKM (termasuk pendekatan rawatan, penyelidikan dan pencegahan). Sehubungan itu, pihak penganjur webinar berbesar hati ingin menjemput ahli akademik, doktor perubatan, paramedik, penyelidik, pelajar siswazah dan pasca siswazah, serta orang ramai untuk menyertai webinar ini. Butiran berkenaan webinar ini adalah seperti poster yang dilampirkan.
Tarikh : 14 November 2020 (Sabtu)
Masa : 2.30-4.00 petang
Platform: ZOOM – http://tinyurl.com/UMBI2
Senarai penceramah dan tajuk:
Moderator – Prof. Madya Dr. Azmawati Mohammed Nawi
1) Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid – Cabaran & Adaptasi Bagi Menguruskan Penyakit Tidak Berjangkit Semasa Pandemik Covid 19
2) Prof. Madya Dr. Norlaila Mustafa – Beban Penyakit Diabetes & Pembentukan Pusat Diabetes UKM
3) Prof. Madya Dr. Nor Azian Abdul Murad – Obesiti & Diabetes: Hubungkait
Inisiatif UK-Malaysia Dalam Penyakit Tidak Berjangkit Bagi Obesiti
4) Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal – Perubatan Jitu Bagi Diabetes
5) Prof. Madya Dr. Jemaima Che Hamzah – Diabetes & Mata : Penggunaan Teknologi Digital
6) Dr. (Mr) Mohamad Azim Md Idris – Penyakit Vaskular Peripheral Dalam Diabetes
7) Prof. Madya Dr. Tuti Ningseh Mohd Dom – Periodontitis & Diabetes
8) Prof. Dr. Suzana Shahar – Pendekatan Pemakanan Dalam Rawatan & Pencegahan Diabetes
9) Prof. Madya Dr. Norfazilah Ahmad – Mencegah Diabetes Mellitus: Perspektif Kesihatan Masyarakat
Sekian, terima kasih.