Tekanan di tempat kerja
Ditulis oleh : Muhiddin Ishak & Dr. Saiful Effendi Syafruddin
Tarikh diterbitkan: 3 Jun 2021
Definisi Tekanan
Berdasarkan definisi Kamus Oxford, tekanan adalah kebimbangan yang berpunca dari masalah yang dihadapi dalam kehidupan seseorang. Tekanan juga merupakan reaksi terhadap persekitaran dan keadaan sekeliling. Kadangkala, seseorang boleh mengalami tekanan kerana terlalu banyak berfikir, terlalu banyak masalah dalam hidup atau perlu menyelesaikan sesuatu tugasan di luar kemampuan diri. Kebimbangan jangka panjang, seperti penyakit, urusan seharian seperti kesesakan lalu lintas dan individu di sekeliling juga boleh menyumbang kepada punca tekanan.
Masalah tekanan di tempat kerja merupakan isu kronik yang sering diperkatakan dalam setiap organisasi. Masalah ini wujud hampir dalam semua organisasi termasuk organisasi yang besar seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun. Masalah tekanan perlu diatasi dengan sebaik-baiknya kerana ia boleh mempengaruhi prestasi dan produktiviti sesebuah organisasi. Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan bahawa tekanan di tempat kerja boleh menjadi salah satu punca masalah kesihatan manusia menjelang tahun 2021. Di Malaysia, terdapat lebih 21,000 pekerja yang bersara awal disebabkan masalah tekanan di tempat kerja pada tahun 2018 (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, Cuepacs). Perkara utama yang harus ditekankan adalah sama ada pekerja dapat mengatasi masalah ini sebelum ia menjadi lebih buruk.
Tekanan BAIK atau BURUK?
Bergantung kepada individu dan langkah yang diambil untuk mengatasi tekanan, tekanan boleh memberi kesan yang baik atau buruk. Antara kesan baik tekanan adalah dapat memberikan semangat dan motivasi untuk mendepani cabaran hidup sama ada dalam urusan seharian atau di tempat kerja. Namun begitu, kesan buruk tekanan pula boleh menghalang seseorang menjadi lebih produktif dan masalah dalam kehidupan seharian. Dalam keadaan yang lebih teruk, seseorang mungkin sukar untuk menumpukan perhatian, kurang keyakinan diri dan hilang pertimbangan sehingga boleh mencederakan orang lain. Tekanan juga boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan fizikal para pekerja.
Punca Tekanan Di Tempat Kerja
Setiap pekerja mempunyai faktor yang berbeza terhadap keadaan dan masalah di tempat kerja. Berikut merupakan antara faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada tekanan di tempat kerja.
Kategori | Punca Tekanan |
Senarai tugas |
|
Peranan dalam organisasi |
|
Perkembangan
kerjaya |
|
Hubungan di tempat kerja |
|
Struktur organisasi |
|
Suasana tempat kerja |
|
Diambil dan diolah dari: Murphy, L. R., Occupational Stress Management: Current Status and Future Direction. In Trends in Organizational Behavior, 1995, Vol. 2, p. 1-14
Kesan Tekanan Kepada Kesihatan
Tekanan yang berterusan tanpa dikawal boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan pekerja. Ini termasuklah tingkah laku, fizikal mahupun psikologikal. Antara kesan-kesan yang dialami akibat tekanan termasuklah seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:
Gambar rajah 1: Antara kesan buruk tekanan
Pengurusan Tekanan Di Tempat Kerja
Sebagai pekerja atau individu, terdapat banyak strategi yang boleh dilakukan dalam membantu mengawal atau mengurangkan tekanan di tempat kerja. Antaranya termasuklah seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah berikut:
Gambar rajah 2: Pengurusan tekanan di tempat kerja