UKM Medical Molecular Biology Institute

 Leading Institute in Molecular Medicine

CRC Research Registration

You are invited to participate in this research if you fulfill the following criteria: Inclusion Criteria

  1. Aged 40-65 years old
  2. Live in Bandar Tun Razak
  3. Voluntarily agree for study participation
  4. Have smartphone

Exclusion Criteria

  1. Had been screened for CRC in the past two years
  2. Had been diagnosed with CRC in the last two years
  3. Had been diagnosed with inflammatory bowel disease (IBD), acute gastritis or any relevant condition in the past two years

Pendaftaran kajian CRC

Anda dipelawa untuk menyertai kajian ini jika anda memenuhi kriteria-kriteria berikut: Kriteria Pengambilan

  1. Berumur antara 40-65 tahun
  2. Tinggal di Bandar Tun Razak
  3. Sukarela bersetuju untuk menyertai kajian
  4. Mempunyai telefon pintar

Kriteria Pengecualian

  1. Telah menjalani saringan CRC dalam 2 tahun yang lalu
  2. Telah disahkan menghidap kanser kolorektal semenjak 2 tahun yang lalu
  3. Telah disahkan menghidap penyakit keradangan usus (IBD), gastritis akut atau apa-apa penyakit yang relevan semenjak dua tahun yang lalu

CRC Research Procedures

Upon your consent to study participation, you will be given a Google-form questionnaire to assess your awareness and risk behaviours associated with CRC. This questionnaire can be completed using your smartphone.

During the first meeting, the flow of this research will be explained to you. The instructions on how to use the iFOBT kits will be shown to you via video recording. Then, 2 iFOBT kits will be given to you which should be returned within 5 days. A monetary deposit of RM20 will be taken from you before the iFOBT kits are given to encourage you to return the kits within the stipulated time frame. The deposit will be returned to you after you have completed the post-CRC screening questionnaire on CRC awareness and risk behaviours via google form.

If your iFOBT results are negative, you will be contacted via email for further repeats of iFOBTs every two years. In the event of positive iFOBT results, you will be contacted via a phone call and referred for confirmatory colonoscopy examination. This procedure will be done at HCTM by a specialist. During colonoscopy, your bowel tissues will be taken and sent for examination under the microscope (histopathological examination). If your colonoscopy result turns out positive for CRC, you will be referred for further treatment by a specialist at HCTM. However, in the event of negative colonoscopy result, you will be advised to have iFOBT screening every five years.

If you decline the colonoscopy referral, you will be asked to take another iFOBT in a year’s time. You will also be contacted every 6 months to update your demographic data, contact address and screening status.


Prosedur Kajian CRC

Selepas anda bersetuju untuk menyertai kajian, anda akan diberikan satu borang soal selidik secara “Google form” untuk menilai kesedaran dan tingkah laku risiko anda berkenaan kanser kolorektal. Borang soal selidik ini boleh diisi dengan menggunakan telefon pintar anda.

Semasa pertemuan pertama, anda akan diberikan penerangan berkenaan tatacara penyelidikan. Cara-cara penggunaan kit iFOBT akan ditunjukkan kepada anda dengan menggunakan rakaman video. Selepas itu, anda akan diberikan 2 kit iFOBT yang perlu anda kembalikan dalam masa 5 hari. Wang deposit sebanyak RM 20 akan diambil daripada anda sebelum kit iFOBT diserahkan kepada anda bagi memastikan kedua-dua kit iFOBT itu akan dikembalikan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Wang deposit akan dikembalikan kepada anda setelah anda selesai mengisi borang soal selidik pasca saringan kanser kolorektal berkaitan kesedaran dan faktor risiko kanser kolorektal melalui “Google Form”.

Jika keputusan ujian iFOBT anda adalah negatif, anda akan dihubungi melalui email untuk ujian iFOBT ulangan bagi setiap 2 tahun. Jika keputusan ujian iFOBT andsa adalah positif, anda akan dihubungi melalui panggilan telefon dan dirujuk untuk pemeriksaan pengesahan melalui kaedah kolonoskopi. Prosedur ini akan dijalankan oleh pakar di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Semasa kolonoskopi, tisu usus anda akan diambil dan dihantar untuk pemeriksaan mikrosokpi (pemeriksaan histopatologi). Jika keputusan kolonskopi anda adalah positif untuk kanser kolorektal, anda akan dirujuk untuk rawatan selanjutnya oleh pakar di HCTM. Akan tetapi, jika keputusan kolonoskopi anda adalah negatif, anda akan dinasihatkan untuk menjalani ujian iFOBT ulangan untuk sekali dalam setiap 5 tahun.

Jika anda menolak rujukan bagi pemeriksaan kolonoskopi, anda akan diminta untuk menjalani ujian iFOBT sekali lagi dalam tempoh masa setahun. Anda juga akan dihubungi setiap 6 bagi mengemaskini data demografik, alamat dan status saringan.

Benefits of Research Participation

You will have free colorectal screening during the study period. Besides, you will be referred to a specialist in the event of positive findings based on the iFOBT screening for free. Your participation will also help us in evaluating the performance and cost-effectiveness of iFOBT as a means of early detection of colorectal cancer at the community level in Malaysia.


Manfaat Kajian

Anda akan menjalani saringan percuma untuk kanser kolorektal sepanjang tempoh kajian. Selain itu, akan juga akan dirujuk kepada pakar secara percuma sekiranya keputusan ujian iFOBT anda adalah positif. Penyertaan anda juga akan membantu kami untuk menilai prestasi dan kos keberkesanan iFOBT sebagai salah satu cara pengesanan kanser kolorektal di peringkat komuniti di Malaysia.

Translate »