Misi Bantuan Bencana Banjir HEP-UKM
Misi Bantuan Bencana Banjir HEP-UKM
Pusat Hal Ehwal Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (HEP-UKM) dengan penuh tanggungjawab ingin membantu pelajar dan kakitangan UKM yang ditimpa bencana banjir. Bantuan bencana di bawah Skim Tabung Kebajikan Bantuan Pelajar (STKP). Sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian 03-89213573/5060, 011-12309067 (Hotline) atau boleh melalui emel mzaili@ukm.edu.my/ afdzalaffandi@ukm.edu.my.
Facebook : https://m.facebook.com/kebajikan19/posts/2042878805920581
Pada 24 Disember 2021, 4 kakitangan UMBI turut serta bersama-sama team sukarelawan anjuran Kampus Kuala Lumpur UKM bagi membantu membersihkan rumah kakitangan yang terlibat dengan bencana banjir di Hulu Langat dan membuat agihan bantuan banjir di sekitar Balakong. Seramai 3 orang lagi pasukan UMBI menyertai misi ini pada 27 Disember 2021 di di Bukit Changgang, Banting Selangor.
Semoga usaha kecil kami dapat membantu kakitangan yang dalam kesusahan.