Situasi Dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein COVID-19 Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 280 kes baharu Variant of Concern (VOC)  telah dilaporkan daripada 3 Februari 2022 hingga 9 Februari 2022 yang terdiri daripada 185 kes varian Delta dan 95 kes varian Omicron. Integrative Pharmacogenomics Institute, Universiti Teknologi MARA (iPromise, UiTM) telah mengenalpasti 188 kes baharuUKM Medical Molecular Biology Institute (UMBItelah mengenalpasti 46 kes baharumanakala Institute for Medical Research (IMRtelah mengenalpasti 46 kes baharu.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 7,398 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 7,378 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

  • 6,435 kes varian Delta;
  • 696 kes varian Omicron;
  • 233 kes varian Beta; dan
  • 14 kes varian Alpha

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta

Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

 

Sumber KKM : (https://kpkesihatan.com/2022/02/09/kenyataan-akhbar-kpk-9-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/)
Sumber Berita : (https://www.nst.com.my/news/nation/2022/02/770042/covid-19-cases-surge-majority-category-two-nsttv)

Artikel Berkaitan Situasi Dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein Covid-19 Di Malaysia

10 September 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/covid-19-103-kes-varian-delta-dikesan-di-9-negeri/).

07 Oktober 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia/).

25 September 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/covid-19-23-kes-varian-baharu-38-kes-varian-voc/).

04 November 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-covid-19-di-malaysia-04112021/).

06 November 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-penemuan-subvarian-delta-ay-4-2-di-malaysia/).

02 Disember 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/2-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/).

18 Disember 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-2/).

11 Januari 2022 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-3/).

9 February 2022 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-4/)