Karnival Madani: Sihat & Prihatin anjuran Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)

9 Julai 2023 – UMBI telah menyertai Rerurai (Booth) Karnival Madani: Sihat dan Prihatin anjuran Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), UKM sempena penutup Sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM. Majlis dirasmikan oleh Tuan Azman Hj Abidin, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri mewakili YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Penganjuran karnival ini bertujuan memberi informasi kesihatan dan perubatan bagi meningkatkan kesedaran awam dan juga mendekatkan komuniti masyarakat setempat khususnya Parlimen Bandar Tun Razak dan sekitarnya mengenali fungsi dan kemudahan kepakaran di HCTM. Pelbagai aktiviti menarik seperti pemeriksaan kesihatan percuma, pameran kesihatan, larian ceria , sukaneka, interaktif eSports. Tuan Azman Hj Abidin, Naib Canselor UKM- Prof. Dato’ Ts Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, bersama Pengurusan UKM: Timbalan-timbalan Naib Canselor, Pengurusan Tertinggi UKM, Dekan-dekan Fakulti, Pengarah-pengarah Hospital, Timbalan-timbalan Pengarah, sempat meluangkan masa melawat reruai pameran termasuk rerurai UMBI. Sebanyak 33 buah reruai pameran telah terlibat di dalam mengetengahkan perkhidmatan dan pencapaian institusi masing. Di reruai UMBI, UMBI mempamerkan poster-poster penyelidikan utama serta menawarkan ujian saringan kanser usus besar secara percuma kepada pengunjung. Sebanyak 70 set kit ujian telah berjaya diedarkan dan kos saringan ini adalah di bawah pembiayaan projek HiCOE-CRC (KPT).