UKM Medical Molecular Biology Institute

 Leading Institute in Molecular Medicine

TUJUAN KAJIAN

Projek ini dijalankan bagi meningkatkan kadar kelangsungan hidup bagi pesakit kanser pediatrik di HUKM melalui:

Naiktaraf fasiliti makmal
Pemindahan teknologi terkini dan latihan lanjutan bagi kakitangan di pusat terbaik
Meningkatkan pematuhan kepada rawatan
Mengelakkan penggunaan perubatan tradisional melalui program kesedaran
Menggunakan analisis big data bagi memahami kanser biologi
Mengenalpasti rawatan sasaran
Membangunkan protokol rawatan yang lebih baik dan lebih tepat.

KESAN JANGKA MASA

Jangka Panjang :

  • 20-30% peningkatan kadar kelangsungan hidup bagi pesakit kanser dan rujukan kendiri serta makmal berakreditasi.
  • Hebahan terhadap kesedaran dan pengetahuan tentang kanser kanak-kanak secara meluas dalam kalangan orang awam termasuk kumpulan B40 dan ibu bapa pesakit kanser, khususnya memberi tumpuan kepada pengurangan pengabaian rawatan kepada kanak-kanak kanser oleh ibu bapa.

Jangka Sederhana:

  • 10-20% peningkatan kadar kelangsungan hidup dengan terapi jitu serta penyertaan dalam ujian klinikal.
  • Program pendidikan, kesedaran dan jangkauan kanser dengan penglibatan NGO.
  • Melatih ahli pasukan kesihatan bersekutu (ahli psikologi dan kaunselor) untuk memberikan sokongan emosi kepada kanak-kanak yang menghidap kanser terutamanya bagi kumpulan B40.

Jangka Pendek :

  • Penjanaan ilmu baharu dalam biologi kanser dan pengesanan baki penyakit yang lebih baik.
  • Meningkatkan pengetahuan, sikap dan persepsi ibu bapa terhadap kepentingan keputusan rawatan yang termaklum dan pematuhan kepada rawatan.
  • Program pendidikan, kesedaran awam dan jangkauan dengan penglibatan NGO setiap suku tahun.

TEMPOH KAJIAN

Fasa 1 : Okt 2021 – Dis 2024

Translate »