85% Staf UMBI Capai KPI Latihan
Berdasarkan rekod dari Sistem Pengurusan Latihan (e-SPeL), peratus staf Institut Biologi Molekul Perubatan UKM yang melengkapkan kehadiran latihan 42 jam/ 7 hari bagi Januari – Disember 2020 adalah sebanyak 88.6% melebihi 85% yang ditetapkan oleh Pengurusan Universiti.
Tahniah dan syabas kepada Institut Biologi Molekul Perubatan UKM atas pencapaian ini.
Staf di PTj boleh mengikuti latihan bagi Tahun 2021 dengan merujuk Sistem Urus Bakat UKM untuk maklumat latihan anjuran Profesional-UKM dan anjuran PTj UKM dari semasa ke semasa. Staf juga digalakkan mengikuti kursus secara dalam talian melalui Sistem e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) https://www.epsa.gov.my dan Pelantar Maya Pembestarian Bakat UKM (MayaBestari@UKM) http://mayabestari.ukm.my dan layak mendapat sijil serta dikira jam latihan bila didaftarkan di dalam Urus Bakat UKM, merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 (Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam).