Lawatan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia ke Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI)
Pada 26 March 2021 (Jumaat) jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Lawatan ini turut disertai Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, UKM, Y.Bhg Profesor Dato’ Dr Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM).
Lawatan dimulakan dengan acara perjumpaan bersama seluruh Warga UMBI yang diadakan secara hybrid iaitu sebahagian secara fizikal secara bersemuka dengan mematuhi SOP penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan jumlah keberadaan adalah 50% kapasiti bilik mesyuarat di Bilik Mesyuarat Utama Tingkat 9. Manakala semua kakitangan yang lain akan mengikuti sesi perjumpaan ini melalui aplikasi zoom dari tempat masing-masing. Y.Bhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman dan para delegasi kemudianya dibawa ke satu sesi lawatan ringkas ke Makmal Ujian Covid-19 di Tingkat 2 dan Biobank di Aras G . Y.Bhg. Prof. Dato kemudiannya ke sesi jamuan dan seterusnya bergambar sebelum bersurai pada jam 12.30 tengah hari.
Warga Institut Biologi Molekul Perubatan UKM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y.Bhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman dan para delegasi yang sudi hadir ke sesi lawatan ini.