Audit Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/ 5S)

 

3 Ogos 2023 – Hospital Canselor Tuanku Muhriz (termasuk UMBI) telah menjalani Audit Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/ 5S).  Audit ini dijalankan oleh MPC (Malaysian Productivity Corporation). Sesi Mesyuarat Pembukaan telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada Prof Madya Dr Hanita Othman, Timbalan Pengarah, Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi & Sokongan mewakili Pengurusan Tertinggi Hospital Canselor Tuanku Mukhriz dan diikuti oleh pembentangan ’Slide Presentation’ dari pengerusi Jawatan Kuasa Program Amalan 5S HCTM iaitu En. Muhamad Khairi Khalis. Sesi tersebut itu juga telah yang dihadiri oleh Ketua Jabatan setiap unit di HCTM, Ahli Jawatankuasa Program Amalan 5S dan Fasilitator zon 5S. Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) telah menjadi salah satu daripada jabatan yang telah tersenarai untuk diaudit pada kali ini di bawah kategori makmal.  Juruaudit dari MPC, En. Mohd Rizal Ayob memulakan lawatan ke UMBI pada jam 2.30 petang diiringi oleh Jawatankuasa Amalan 5S HCTM. Manakala wakil pengurusan UMBI diwakili oleh En. Mohd Razif, Pengurus Makmal UMBI diringi oleh Fasilitator Program Amalan 5S UMBI, iaitu ChM. Nur Nadia Razali dan Ketua Zon BRCA, Cik Junaida Osman, yang juga merupakan Juruaudit UMBI. Semasa Audit dijalankan, Juruaudit dari MPC telah berpuas hati dengan kebersihan, kekemasan, susun atur, keseragaman dan amalan 5s, terutamanya lagi dari segi keselamatan yang telah dilaksanakan oleh UMBI. Sesi penutup Audit selesai pada 5.00 petang dan secara keseluruhannya, audit yang dijalankan pada kali ini telah berjaya dan persijilan 5S bagi Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah dilanjutkan lagi untuk 1 tahun lagi. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan program 5s ini.

Sumber: https://www.facebook.com/HCTM.UKM

Foto: Audit Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE,5S)

Artikel berkaitan:

1. Ceramah Program Amalan 5S (Penambahbaikan/Kaizen), 2023
2. Ceramah Program Amalan 5S (Pembudayaan Amalan 5S), 2022
3. Audit Dalaman 5S HCTM Bil.1/ 2022
4. Lawatan Penanda Aras Di Jabatan Fisiologi
5. Ceramah Program Amalan 5S (Pembudayaan Amalan 5S), 2019