Bengkel Bioinformatik bersama Oxford Nanopore Technologies dan Next Gene Scientific Sdn Bhd
Rajah 1 Delegasi Oxford Nanopore Technologies bersama kakitangan UMBI yang terlibat di dalam projek IMPACT
12 Oktober 2023 – UMBI telah menerima kunjungan daripada wakil Oxford Nanopore Technologies dan Next Gene Scientific Sdn Bhd bagi menjalankan Bengkel Bioinformatik melalui projek “Initiative for Precision Medicine in Paediatric Cancer Therapy (IMPACT): Improving paediatric cancer survival rate“. Bengkel ini diadakan di Makmal Bioinformatik dan Makmal Penjujukan Genom UMBI.
Bengkel Bioinformatik ini diadakan bertujuan untuk melatih dan memantau aliran kerja bioinformatik dalam menganalisa long reads whole genome sequencing khususnya analisa tertiari. Kakitangan UMBI yang terlibat di dalam bengkel ini terdiri daripada ahli-ahli projek IMPACT iaitu Dr. Muhammad Redha Abdullah Zawawi, Dr. Ryia Illani Mohd Yunos, Encik Muhiddin Ishak, Puan Zam Zureena Mohd Rani, Puan Mira Farzana Mohamad Mokhtar, Puan Nur Alyaa Afifah Md Shahri dan Puan Syahidatun Najwa binti Abu Zahid. Delegasi dari Oxford Nanopore Technologies terdiri daripada Dr. Jawahar Swaminathan (Pengarah, Informatik, Integrasi Sistem & Interpretasi), Dr. Keira Cheetham (Pengarah, Informatik Kanser dan Interpretasi), dan Dr. Germaine Kwok (pakar aplikasi). Manakala, delegasi dari Next Gene Scientific Sdn Bhd ialah Encik Ethan Yeoh (pakar aplikasi) dan Encik Chee Tung (pakar aplikasi).
Bengkel dimulakan dengan penerangan mekanisme dan prestasi teknik Nanopore dalam menganalisa data manusia oleh Dr. Keira Cheetham, diikuti dengan interpretasi varian oleh Dr. Jawahar Swaminathan seterusnya aplikasi dan perbincangan menggunakan data medulloblastoma di UMBI.
Rajah 2 Penerangan mekanisme dan teknik Nanopore oleh Dr. Keira Cheetham (Pengarah, Informatik Kanser dan Interpretasi)
Rajah 3 Penerangan interpretasi varian oleh Dr. Jawahar Swaminathan (Pengarah, Informatik, Integrasi Sistem & Interpretasi)
Bengkel yang diadakan selama 1 hari ini telah berjalan dengan jayanya dan pelbagai input serta perbincangan telah diperolehi oleh ahli projek bagi menganalisa dan menginterpretasi data penjujukan genom penuh ke atas kanser kanak-kanak.
Harapannya, melalui bengkel ini ahli projek IMPACT dapat meningkatkan kemahiran bioinformatik terutamanya bagi analisa tertiari dan membantu mencapai objektif projek yang disasarkan iaitu menyediakan perubatan jitu bagi setiap pesakit.