Ceramah Amalan 5S Refresher, Program Amalan 5S UMBI

Oleh: ChM. Nur Nadia Razali

Pada 3 November 2022, Jawatankuasa Kualiti & Program Amalan 5S UMBI telah menganjurkan Ceramah Amalan 5S, Refresher bertempat di Auditorium UMBI. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh ChM. Nur Nadia Razali, Pegawai Sains merangkap Fasilitator Program Amalan 5S UMBI. Initipati ceramah ini mengingatkan pada hadirin dengan prinsip amalan 5S dalam menjalankan kerja seharian. 5S merupakan satu kaedah mengurus ruang kerja, terutamanya tempat kerja yang digunakan secara bersama atau berkongsi (seperti meja kerja, pejabat, makmal, bilik dan bangunan), bagi memastikan ruang tempat kerja tersebut dalam keadaan yang baik dan terurus. Prinsip utama 5S adalah untuk memperbaiki keadaan tempat kerja, dari segi keselamatan dan kecekapan untuk kegunaan diri sendiri dan semua pengguna. 

Selain itu, program ini diiwarnakan dengan penyampaian piala pusingan Audit Kendiri dan cenderamata kepada pemenang skor tertinggi penilaian Audit Kendiri 5S iaitu ahli 5S aras 9. Aktiviti diteruskan dengan sesi pembentangan penambahbaikan dari ahli 5S yang mendapat skor yang rendah semasa Penilaian Audit Kendiri 5S dan KKP tersebut. Sesi pembentangan disampaikan oleh Encik Andri Dauni selaku penyelaras aras 6 dan Puan Harmiza Harun, wakil pelajar untuk menyampaikan penambahbaikan yang telah dijalankan. Tujuan pembentangan sesi penambahbaikan ini adalah untuk memangkin dan menyemarakan semangat prinsip 5S di kalangan kakitangan dan pelajar sepanjang bekerja dan belajar di UMBI. Program ceramah ini telah dihadiri oleh 47 staf dan 21 pelajar termasuk pelajar yang menjalani latihan industri di UMBI.  Penganjuran ceramah ini dilihat dapat menerapkan keperluan amalan 5S dipraktiskan tidak hanya kepada pengurusan organisasi dan budaya tempat kerja, juga penting dalam kehidupan setiap insan. Semoga program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang dan mendapat sambutan yang lebih meriah dari semua warga UMBI.

 

Photo : Ceramah Amalan 5S Refresher, Program Amalan 5S UMBI