Ceramah Program Amalan 5S (Penambahbaikan/Kaizen)

 

25 Julai 2023 – Jawatankuasa Kualiti & ProgramAmalan 5S UMBI telah menganjurkan Ceramah ProgramAmalan5s (Penambahbaikan/Kaizen) yang telah disampaikan oleh Pn. Siti Fairuz Mohd Saad, Penolong Tadbir Kanan merangkap AJK R&D ProgramAmalan5S HCTM. Ucapan aluan dari Fasilitator ProgramAmalan5SUMBI telah disampaikan oleh ChM. Nur Nadia Razali. Intipati ceramah menerangkan maksud penambahbaikan/kaizen dan contoh-contoh aktiviti yang boleh didaftarkan sebagai projek kaizen di bawah UMBI. Sijil penghargaan dan cenderamata telah disampaikan oleh wakil pengurusan UMBI iaitu, Cik Nurul Izza Umar, Penolong Pendaftar UMBI kepada penceramah sebagai tanda penghargaan kesudian dalam berkongsi ilmu dan pengalaman. Ceramah telah dihadiri oleh 55 orang warga UMBI terdiri daripada kakitangan dan pelajar UMBI.

Gambar:

Program Amalan 5S (Penambahbaikan/Kaizen)

Artikel berkaitan:

1.  Ceramah Program Amalan 5S (Pembudayaan Amalan 5S), 2022
2.Audit Dalaman 5S HCTM Bil.1/ 2022
3.Lawatan Penanda Aras Di Jabatan Fisiologi
4.Ceramah Program Amalan 5S (Pembudayaan Amalan 5S), 2019