Genetic Variants and Host Risk Factors Associated With Severity of Infection (COVGEN)
-
A COVID-19 Patients’ Cohort: Genetic Variants and Host Risk Factors Associated With Severity of Infection (COVGEN)
Kemunculan varian genetik COVID-19 serta faktor perumah yang berbeza di Malaysia berkemungkinan menjadi peranan utama dalam peningkatan penyebaran dan penentuan tahap keterukan jangkitan dan komplikasi jangka panjang. Kumpulan penyelidik dari Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI), Fakulti Perubatan UKM & Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) sedang menjalankan projek penyelidikan di bawah pembiayaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bertajuk A Covid-19 Patients’ Cohort: Genetic Variants and Host Risk Factors Associated With Severity of Infection (COVGEN).
Tujuan projek penyelidikan ini adalah untuk menentukan faktor risiko perumah seperti faktor genetik, antibodi, metabolit dan lain-lain yang mempengaruhi keterukan dan komplikasi jangka panjang akibat jangkitan COVID-19. Selain itu, kajian ini juga akan membangunkan satu sistem penskoran faktor risiko perumah yang mampu membantu pengurusan kes bagi mengurangkan kes kematian dan komplikasi jangka panjang.
Kajian ini akan melibatkan semua kategori pesakit positif COVID-19 (Kategori 1-5) termasuk kanak-kanak dan remaja. Kajian ini melibatkan beberapa siri ulangan pengumpulan data iaitu peringkat awal semasa kemasukan pesakit di wad/ pusat kuarantin, semasa pesakit keluar wad, 3 bulan, 6 bulan dan 12 bulan. Semasa pengumpulan data ini, pesakit akan diminta untuk untuk mengisi soal selidik secara atas talian, pengambilan 20 ml darah, 10ml sampel urin serta sampel calitan (swab) hidung dan tekak. Darah dan urin akan dihantar ke makmal untuk proses analisis faktor perumah. Rekrutmen peserta bagi projek penyelidikan ini akan dijalankan di HCTM.Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan projek penyelidikan ini, boleh hubungi penyelidik- penyelidik berikut:
- Profesor Datuk Dr. A Rahman A Jamal-Ketua Penyelidik (rahmanj@ppukm.ukm.edu.my)
- Prof. Madya Dr. Mohd Rohaizat Hassan (rohaizat@ppukm.ukm.edu.my)
- Prof. Madya Dr. Norfazilah Ahmad (norfazilah@ppukm.ukm.edu.my)
- Dr. Najma Kori (najmakori@ukm.edu.my)
- Urusetia: umbi@ppukm.ukm.edu.my/ 03-9171 0415
Institut Biologi Molekul UKM (UMBI), Bandar Tun Razak, Cheras WPKL.
Kami juga mempelawa warga UKM dan orang ramai dari kriteria yang dinyatakan di atas (bekas pesakit serta yang mengalami sindrom Long Covid) untuk menyertai kajian ini dengan menghubungi kami talian 1-800-88-2007.
Sesi Temubual TV Pertiwi Bersama Prof. Datuk Dr. A Rahman
Research Team- A Covid-19 Patients’ Cohort: Genetic Variants and Host Risk Factors Associated With Severity of Infection (COVGEN)
Bil. Name & IC/Passport
Number
Faculty/School/
Centre/Unit
Roles in the Project 1. Prof. Datuk Dr. Rahman Jamal UMBI, UKM Idea, study design, project leader 2. Dr. Najma Kori Faculty of Medicine, UKM Clinical care, data and outcome 3. Prof. Madya Dr. Petrick Periasamy Faculty of Medicine, UKM Clinical care, data and outcome 4. Dato’ Dr. Wan Rahiza Wan Mat Faculty of Medicine, UKM Clinical care, data and outcome 5. Prof. Madya Dr. Azmawati Mohd Nawi Faculty of Medicine, UKM Study design & data analysis 6. Dr. Sharifah Azura Salleh Faculty of Medicine, UKM Virology expertise and study design 7. Datin Dr. Anita Sulong Faculty of Medicine, UKM Lab expertise and clinical samples 8. Dr. Nor Azila Muhammad Azami UMBI, UKM Genome & Neutralising antibodies 9. Dr. Adzimah Johdi UMBI, UKM T-cell function and cytokines analysis 10. Dr. Syakima Ab Mutalib UMBI, UKM Genomics, epigenetics & bioinformatics 11. Dr. Chin Siok Fong UMBI, UKM Trace elements & vitamin A/D/E 12. Prof. Dr. Norlaila Mustafa Faculty of Medicine, UKM Endocrine complications etc. 13. Prof Dato Dr. Hanafiah Harunarrashid Faculty of Medicine, UKM Clinical data and vascular pathology 14. Prof. Dato Dr. Razman Jarmin HCTM, UKM Clinical data and overall design 15. Dr. Hanita Othman HCTM, UKM Technical expertise and clinical samples 16. Dr. Norfazilah Ahmad Faculty of Medicine, UKM Epidemiology and data analysis 17. Prof. Dr. Joanna Ooi Su Min Faculty of Medicine, UKM Clinical data in ICU and outcome 18. Prof. Madya Dr. Noor Zetti Zainol Rashid Faculty of Medicine, UKM Lab expertise and clinical samples 19. Dr. Siti Norlia Othman Faculty of Medicine, UKM Lab expertise and clinical samples 20. Prof. Madya Dr. Mohamed Faisal Abdul Hamid Faculty of Medicine, UKM Respiratory complications etc. 21. Prof. Dr. Poh Bee Koon Faculty of Health Sciences, UKM Physical activity & energy level 22. Prof. Madya Dr. Mohd Rohaizat Hassan Faculty of Medicine, UKM Study design & data analysis 23. Prof. Dr. Hamidah Alias Faculty of Medicine, UKM Paediatric Covid-19 24. Dr. Noraidatulakma Abdullah UMBI, UKM Biostatistics and Bioinformatics Kami juga mempelawa warga UKM dan orang ramai dari kriteria yang dinyatakan di dalam poster di bawah (bekas pesakit serta yang mengalami sindrom Long Covid) untuk menyertai kajian ini dengan menghubungi kami di talian 1-800-88-2007 dan mengisi Borang Pendaftaran Menyertai Projek Penyelidikan Kajian COVID-19.