Situasi Dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein COVID-19 Di Malaysia : COVID-19 | 23 Kes Varian Baharu, 38 Kes Varian VOC
SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA
KKM ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh Institute of Health and Community Medicine (IHCM-UNIMAS), Malaysia Genome Institute (MGI), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM), Institute for Medical Research (IMR), UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI-UKM), dan Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC-UM) telah mengenalpasti sebanyak 475 kes yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC), iaitu 472 kes varian Delta (B.1.617.2) dan tiga (3) kes varian Beta (B.1.351).
Daripada pecahan tersebut adalah:
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 1,860 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 1,840 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 1,612 kes varian Delta, 214 kes varian Beta, dan 14 kes varian Alpha. Manakala bagi VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.
Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
Sumber KKM :
September 14, 2021 (Sumber: Astro Awani)
Sebanyak 23 kes varian baharu COVID-19 dikesan UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) manakala 38 kes Variant of Concern (VOC) dikesan Institut Kajian Perubatan (IMR). Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr, Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 38 kes VOC, 36 kes merupakan varian delta manakala dua lagi varian Beta.
Artikel Berkaitan Situasi Dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein Covid-19 Di Malaysia
10 September 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/covid-19-103-kes-varian-delta-dikesan-di-9-negeri/).
07 Oktober 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia/).
25 September 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/covid-19-23-kes-varian-baharu-38-kes-varian-voc/).
04 November 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-covid-19-di-malaysia-04112021/).
06 November 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-penemuan-subvarian-delta-ay-4-2-di-malaysia/).
02 Disember 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/2-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/).
18 Disember 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-2/).