Hari DNA & Hari Terbuka UMBI 2023

 

10 Mei 2023 – UMBI telah menganjurkan sambutan Hari DNA dan Terbuka UMBI bagi meraikan penemuan struktur heliks ganda asid deoksiribonukleik (DNA) pada 25 April 1953, tamatnya projek genom manusia pada tahun 2003 dan meraikan ulang tahun ke-20 UMBI sebagai institut penyelidikan yang ditubuhkan pada Julai 2003. Objektif sambutan hari DNA dan Terbuka UMBI diadakan ialah untuk memperkenalkan asas biologi molekul terutamanya yang berkaitan dengan DNA kepada para pelajar sekolah secara teori dan praktikal, meningkatkan literasi pelajar terhadap bidang penyelidikan sains yang berasakan DNA dan biologi molekul, memperkenalkan komponen penyelidikan UMBI kepada orang awam, rakan kolaborasi industri dan pemegang taruh, dan juga sebagai salah satu khidmat masyarakat dari pihak UMBI dalam memperkenalkan bidang penyelidikan biologi molekul kepada komuniti dan pelajar sekolah.

Untuk program Hari DNA, UMBI telah menyusun pelbagai program melibatkan sesi ujikaji makmal seperti pengesktrakan DNA dari buah strawberi dan kegunaan DNA dalam kajian kes jenayah. Selain dari itu, pelajar juga dibawa melawat pusat penyimpanan sampel terbesar di Asia Tenggara dan pameran sains yang diadakan di ruang legar UMBI. Satu forum kerjaya juga diadakan bagi memperkenalkan kepada pelajar mengenai kerjaya yang terdapat dalam bidang sains perubatan molekul. Sebanyak 97 orang pelajar dan 10 guru pengiring terlibat dalam program Hari DNA ini. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras.

Bagi program Hari Terbuka, pameran penyelidikan telah diadakan bagi memperkenalkan kepada semua pelawat mengenai projek penyelidikan yang dijalankan di UMBI seperti:

1) Colorectal cancer screening using iFOBT kit in community.

2) The Malaysian Cohort.

3) COVID-19 Research in UMBI.

4) Diagnostic screening for HLA polymorphisms to prevent adverse drug reaction.

5) Precision medicine for diabetic individuals: A joint Malaysia-UK effort (PRIME) project.

6) Obesity and Non-communicable disease in Malaysia: An Imaging study of 6000 adults in the Malaysia Cohort study.

Seramai 137 orang pelawat telah hadir sempena program Hari Terbuka ini. Program sambutan Hari DNA dan Terbuka 2023 telah berjaya mencapai objektif dan diharap dapat memberikan manafaat kepada semua yang terlibat.

Gambar: Sambutan Hari DNA dan Terbuka UMBI 2023

Artikel berkaitan:
1. Sambutan Hari Terbuka UMBI 2023
2. Sambutan Hari DNA UMBI 2023
3. Sambutan Hari DNA UMBI 2021
4. Sambutan Hari DNA UMBI 2019
5. Sambutan Hari DNA UMBI 2018
6. Sambutan Hari DNA UMBI 2017
7. Sambutan Hari DNA UMBI 2016
8. Sambutan Hari DNA UMBI 2015
9. Sambutan Hari DNA UMBI 2014
10. Sambutan Hari DNA UMBI 2013
11. Sambutan Hari DNA UMBI 2012