Hari Keselamatan Kimia 2023

 

7 Ogos 2023 – Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM) dan Kumpulan Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan Secara Kendiri (SeCHRA) dengan kerjasama Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI), Fakulti Perubatan UKM, dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah menganjurkan HARI KESELAMATAN KIMIA (HKK) 2023 di Zon Kampus Kuala Lumpur (KKL), Cheras yang bertempat di Auditorium UMBI. Program ini telah dihadiri oleh lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada pelajar UMBI, felo penyelidik UMBI, kakitangan UMBI,HCTM dan Fakulti perubatan. Objektif penganjuran ini adalah untuk memberi penerangan tentang keperluan perundangan berkaitan Daftar Bahan Kimia serta Arahan kerja SeCHRA. SeCHRA merupakan satu kaedah kawalan dalaman UKM yang dilakukan bagi mengenal pasti risiko bahan kimia berbahaya kepada kesihatan kepada pengguna (penyelidik, kakitangan dan pelajar). Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mempromosikan aspek keselamatan kimia kepada semua kakitangan yang terlibat dengan penggunaan bahan kimia berbahaya.

Gambar: Hari Keselamatan Kimia 2023

Artikel berkaitan:

1. Pemeriksaan Keselamatan & Kesihatan Tempat Kerja oleh Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM)
2. Taklimat Pengurusan Buangan Terjadual (Sisa Kimia) & Botol Kosong