Jemputan Ke Siri Dialog Penyelidikan UMBI Bil 1/2023: Microbiome In Chronic Diseases

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..

YBhg. Prof./Prof. Madya/Datuk/Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan,

Jemputan Ke SIRI DIALOG PENYELIDIKAN UMBI BIL 1/2023: MICROBIOME IN CHRONIC DISEASES

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) akan menganjurkan Siri Dialog Penyelidikan Bil. 1/2023 di bawah topik penyelidikan Microbiome In Chronic Diseases seperti butiran berikut:

Tarikh : 4 Ogos 2023 (Jumaat)

Masa : 9.45 pagi
Tempat : Bilik Seminar, Aras 8, Bangunan UMBI
Moderator : Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Felo Utama UMBI

Tujuan dialog ini adalah untuk berkongsi pengetahuan tentang penyelidikan microbiome bersama-sama penyelidik UKM, mengenalpasti jurang penyelidikan yang ada dan seterusnya mencetus IDEA PENYELIDIKAN dan CADANGAN PROPOSAL PENYELIDIKAN berkaitan bidang ini.

Justeru, pihak UMBI mempelawa YBhg. Prof./Prof. Madya/Datuk/Dr./Tuan/Puan untuk bersama-sama turut serta menyumbang idea dan berkongsi kepakaran di dalam dialog ini.

Pendaftaran boleh dilakukan di Borang Pendaftaran Siri Dialog Penyelidikan UMBI 1/2023

Semoga dengan kehadiran YBhg. Prof./Prof. Madya/Datuk/Dr./Tuan/Puan dialog ini akan membuahkan hasil yang positif dan bermanfaat.

Sekian. Terima kasih.