Jerayawara MyRA Tahun 2022
UMBI telah terlibat dalam Jerayawara MyRA Tahun 2022 yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) 14 Februari 2022 (Isnin) jam 9.00 pagi. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM), Prof. Dr. Ismanizan Ismail dan sesi seterusnya disambung dengan pembentangan Analisis Prestasi Pencapaian MyRA & Strategi MyRA 2022 oleh Prof. Madya Dr. Mohd Ambri bin Mohamed Timbalan Pengarah (Statistik dan Pemantauan). Prof. Dr. Ismanizan telah membentangkan Pencapaian MyRA UKM dan pengkhususan kepada UMBI.
Pihak CRIM juga dalam kesempatan ini mengucapkan tahniah pada UMBI atas kerjasama yang terbaik semasa sesi Lawatan Tapak Panel Penilai MyRA ke Makmal Akreditasi UMBI pada 17 November 2021 yang diketuai oleh Prof Dato’ Mohamed Isa bin Abdul Majid (USM).
Sesi ini telah dihadiri oleh lebih 30 warga UMBI temasuk pengurusan tertinggi UMBI iaitu Prof. Madya Dr Nor Azian dan Dr. Chin Siok Fong – Pengarah dan Timbalan Pengarah UMBI. Sesi turut dihadiri Prof. Madya Dr. Sawal Hamid, Timbalan Pengarah Pusat Inovasi Dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM), Prof. Ir. Dr. Abu Bakar Sulong, Timbalan Pengarah CRIM, Prof. Datin Dr. Ruzy Suliza Hashim, Pengarah Penerbit UKM.