Lawatan dan Sesi Hands On Teknik Asas Biologi Molekul dari Syarikat Pantas Niaga ke Makmal UMBI.

Lawatan dan Sesi Hands On Teknik Asas Biologi Molekul dari Syarikat Pantas Niaga ke Makmal UMBI.

Disediakan oleh: Siti Nur Hasanah Mohd Yusuf & Ryia Illani Mohd Yunos

Pada 12 Januari 2022, UMBI telah menerima lawatan pelajar sangkutan di bawah program PROTÉGÉ dari Syarikat Pantas Niaga Sdn. Bhd. Program PROTÉGÉ, singkatan kepada Professional Training & Education for Graduate Entrepreneurs, adalah sebuah program di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan yang bertujuan meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan Malaysia untuk mendapat pekerjaan. Lawatan separuh hari ini, telah memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teknik – teknik asas biologi molekul serta aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dijalankan di UMBI. Seramai 15 orang pelajar bersama 2 orang wakil syarikat telah turut serta dalam aktiviti ini. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari berkenaan adalah lawatan ke semua makmal UMBI termasuk Biobank UMBI dan diteruskan lagi dengan aktiviti di dalam makmal.

Setelah selesai lawatan, para pelajar bergerak mengikut kumpulan masing-masing ke makmal yang telah ditetapkan. Antara aktiviti makmal yang dijalankan adalah PCR & Gender Validation, RTPCR COVID19 Screening dan DNA Extraction, PCR & Sanger Sequencing.

Pihak UMBI berbesar hati menerima kunjungan para pelajar bersama wakil syarikat Pantas Niaga Sdn. Bhd., En. Eric Chong. Semoga aktiviti ini sedikit sebanyak membantu dalam mencapai objektif yang ditetapkan oleh program PROTÉGÉ.

Semoga aktiviti ini sedikit sebanyak membantu dalam mencapai objektif yang ditetapkan oleh program PROTÉGÉ. Kami di UMBI juga mempelawa sebarang lawatan bagi tujuan seumpama program ini dan sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada Pengurus Makmal UMBI.

Photo : https://photos.app.goo.gl/vFTq9eMZasij3RgQ8