Lawatan delegasi dari Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli & Kelestarian Alam (JBK) dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik (GMAC)
25.04.2024 | UMBI telah menerima lawatan delegasi dari Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli & Kelestarian Alam (JBK) dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik (GMAC).
Sesi adalah bertujuan untuk melawat dua makmal yang terlibat dengan aktiviti kegunaan terkawal dan penyelidikan yang melibatkan organisma terubah suai secara genetik (genetically modified organism atau GMO). Dua makmal yang terlibat adalah Makmal Kejuruteraan Genetik dan Makmal Kultur Sel.
Turut hadir bersama semasa sesi lawatan adalah Pegawai Biokeselamatan UKM (Biosafety Officer, BSO), Prof Madya Dr. Nazlina Ibrahim dan Jawatankuasa Biokeselamatan dan Biosekuriti Institusi (IBBC) UKM, Pn. Faridda Hannim Binti Ahmad. Semoga dengan adanya fasiliti makmal ini di UMBI, dapat merancakkan lagi penyelidikan melibatkan teknik kejuruteraan genetik seperti CRISPR.
Galeri gambar: 20240425 Lawatan ke premis aktiviti kegunaan terkawal JBK