Lawatan Delegasi USMARI Research & Innovation Centre ke UMBI
3 Oktober 2024 | UMBI berbesar hati menerima kunjungan lawatan dari Ungku Shahirin Medical Aesthetic Research & Innovation Centre pada 3 Oktober 2024.
Lawatan ini dimulakan dengan sesi aluan yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Nor Azian, Pengarah UMBI dan diteruskan dengan perbincangan cadangan kerjasama antara USMARI Centre dan UKM dalam mengenal pasti projek-projek berpotensi. Delegasi USMARI Centre diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ungku Mohd Shahrin, Pengarah USMARI bersama 6 orang wakil pentadbiran tertinggi USMARI Centre.
Agenda lawatan turut merangkumi program lawatan ke fasiliti UMBI iaitu di Makmal Sel Kultur serta fasiliti Biobank UMBI.