Lawatan Jaringan Kolaborasi Penyelidikan oleh UPM dan Universiti Montana, USA.

Pada 22 Julai 2024, UMBI telah menerima kunjungan dua orang penyelidik, iaitu Bimo A. Tejo dari Universiti Putra Malaysia dan Dr. Amitava Roy dari University of Montana, USA. Kunjungan ini bertujuan berkongsi idea dan membincangkan peluang kerjasama penyelidikan di dalam bidang perubatan jitu dan bioinformatik.

Lawatan ini dimulakan dengan penerangan mengenai UMBI yang disampaikan oleh Pengarah UMBI, Prof. Madya Dr. Nor Azian Abdul Murad di Bilik Mesyuarat Utama UMBI, Aras 9. Turut serta di dalam lawatan ini ialah Penyelaras Penyelidikan UMBI, Ts. Dr. Mohamad Aimanuddin Mohtar, dan Dr. Muhammad Redha Abdullah Zawawi selaku Penyelaras Pendigitalan UMBI.

Di akhir perkongsian, kedua-dua penyelidik juga telah dibawa melawat ke beberapa makmal dan Biobank UMBI.