Lawatan ke Biobank UMBI dari International Medical University Malaysia (IMU)

12 Oktober 2022 – Biobank UMBI telah menerima kunjungan daripada Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (IRDI), International Medical University Malaysia (IMU). Delegasi ini telah diketuai oleh Profesor Wong Shew Fung bersama dua pensyarah dan tiga kakitangan IRDI. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat dan perbincangan oleh Dr Nor Adzimah Johdi, Felo Penyelidik UMBI merangkap Penyelaras Biobank UMBI, sebelum dibawa melawat ke Biobank UMBI. Sesi lawatan diketuai oleh Pn. Nazihah Abd Jalal, Pegawai Sains UMBI merangkap Pengurus Biobank UMBI. Objektif lawatan ini adalah untuk mempelajari tentang pengurusan Biobank UMBI, etika & biokeselamatan biobank, pemprosesan, penyimpanan sampel dan rekod. Program seumpama ini merupakan inisiatif dan platform Biobank UMBI dalam berkongsi ilmu dan pengalaman dengan warga penyelidik. Diharap lawatan ini dapat menambah ilmu dan berkongsi informasi yang berguna kepada delegasi IRDI, IMU dalam membuat persediaan untuk membangunkan Biobank di masa akan datang.

 

Foto: LAWATAN INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY (IMU) KE BIOBANK UMBI

Artikel berkaitan:

  1. Lawatan ke Biobank UMBI dari Universiti Islam Antarabangsa (IIUM)
  2. Lawatan ‘The Royal College of Surgeons of Edinburgh’ ke Biobank UMBI
  3. Lawatan Standards Malaysia ke Biobank UMBI
  4. Lawatan YB Senator Ras Adiba Radzi ke UMBI