Lawatan Kerja Timbalan Naib Canselor (HEPI) Bersama Delegasi UKM
26 Jun 2023 – UMBI telah menerima Lawatan Kerja Timbalan Naib Canselor UKM (Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi) YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani bersama delegasi Prof. Dr. Jamia Azdina Binti Jamal, Pengarah Pusat IDEA-UKM dan Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, Pengarah , Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM).
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat dan pemantauan status pencapaian KPI Strategik UMBI oleh YBhg. TNC HEPI diikuti dengan sesi taklimat oleh Pengarah UMBI, Prof. Madya Dr Nor Azian dengan kehadiran bersama semua Felo Penyelidik UMBI dan Pengurus Makmal UMBI. Sesi diteruskan dengan perbincangan dua hala di antara kedua-dua pihak dan delegasi kemudiannya dibawa melawat Makmal Penjujukan Genom dan Biobank sebelum sesi tamat pada jam 1 petang.