Lawatan YAM Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja’faar

 

Cheras, 22 November 2023 – Biobank UMBI amat berbangga dan berbesar hati menerima lawatan daripada YAM Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja’faar. Lawatan ini bertujuan untuk melihat kemudahan penyelidikan yang berada di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan UMBI, juga melihat peluang kolaborasi di antara kedua-dua belah Pihak.

Ketibaan YAM Tunku dan delegasi disambut oleh Dr. Chin Siok Fong, Timbalan Pengarah UMBI dan YBhg. Profesor Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Felo Penyelidik Utama yang juga Ketua Projek The Malaysian Cohort (TMC). Delegasi seterusnya di bawa melawat ke Biobank UMBI untuk melihat dengan lebih dekat Biobank UMBI dan penerangan telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Datuk A Rahman.

Turut mengiringi lawatan ini adalah anakanda YAM Tunku, YM Tunku Mohamed Alauddin Tunku Naquiyuddin bersama beberapa penyelidik antarabangsa. Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, Profesor Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid juga turut serta mengiringi delegasi YAM Tunku ke UMBI.

Pihak UMBI amat berbesar hati dan menjunjung kasih atas kesudian YAM Tunku Naquiyuddin dan delegasi melawat Biobank UMBI yang merupakan Biobank terbesar di Asia Tenggara.