Majlis Kesyukuran UMBI 2021

UMBI telah menganjurkan Majlis Kesyukuran pada 13 Disember 2021 ini bagi memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya UMBI dapat menempuh tahun 2021 dengan jayanya dan semoga UMBI terus maju kehadapan pada tahun 2022 dan seterusnya. Majlis telah dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Nor Azian Abdul Murad, Pengarah Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI), Dr. Chin Siok Fong Timbalan Pengarah (Akademik & Antarabangsa), Dr. Ezanee Azlina Mohamad Hanif Ketua Jaminan Kualiti, Profesor Datuk Dr. A Rahman A Jamal Felo Penyelidik Utama, seluruh Warga UMBI, TMC dan para pelajar UMBI.

Majlis juga diserikan dengan penyampaian Mock Cek berjumlah RM 104,898 daripada MYCRO Sdn Bhd kepada UMBI hasil penjanaan melalui kerjasama MyCRO-UMBI dalam perkhidmatan Ujian Saringan COVID-19. Mok Cek telah disampaikan oleh Prof. Datuk Dr. A Rahman mewakili Syarikat MyCRO Sdn Bhd kepada Prof. Madya Dr. Nor Azian Abdul Murad mewakili UMBI.

Galeri: https://photos.app.goo.gl/5SkEwEWF6a2yev739