Pemeriksaan Keselamatan & Kesihatan Tempat Kerja oleh Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM)
UMBI telah menerima lawatan Pemeriksaan Keselamatan & Kesihatan Tempat Kerja pada 7 Mac 2022.
Pemeriksaan dan pemantauan KKP ini merupakan salah satu aktiviti berkala yang dijalankan oleh ROSH-UKM di setiap PTJ di UKM. Wakil ROSH-UKM yang hadir untuk pemeriksaan di UMBI adalah En. Mohd Noor Faizal dan Puan Ain Basirah. Wakil UMBI yang turut mengiring adalah Dr. Tan Shing Cheng (Pengerusi JKKP UMBI), En. Mohd Raziff Alias (Pengurus Makmal UMBI), Puan Nur Nadia Razali (Pegawai Risiko UMBI), En. Hanif Zulkhairi (Pegawai Insiden UMBI) serta Penyelaras Aras yang terlibat di dalam pemeriksaan ini.
Lawatan pemeriksaan yang dilakukan melibatkan kawasan pejabat, makmal, ruang umum serta ruang pelajar UMBI. Ini melibatkan lokasi Pejabat Pentadbiran UMBI (Aras 9), Makmal Kultur Sel (Aras 5), Bilik Siswazah (Aras 4) serta Stor Pakai Habis Makmal (Aras 3).
Pihak UMBI mengucapkan terima kasih di atas segala pandangan serta cadangan penambahbaikan yang telah diberikan sepanjang pemeriksaan ini.