Perbincangan Kesihatan Digital untuk Teknopolis Kesihatan UKM
3 September 2024 – UMBI telah menerima lawatan daripada Y.Bhg Tan Sri Abu Bakar Suleiman, Penasihat Klinikal kepada Menteri Kesihatan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi perbincangan berkenaan Kesihatan Digital untuk Teknopolis Kesihatan UKM.
Perbincangan ini turut dihadiri oleh Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor UKM Kampus Kuala Lumpur, Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Pengarah Pengasas and Felo Penyelidik Utama UMBI, Dr Husyairi Harunarashid, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Strategik Dan Kesihatan Digital Pejabat Pro Naib Canselor (Kampus KL), Encik Zakaria Amnan, Penolong Pendaftar Pejabat Pro Naib Canselor serta ahli Jawatankuasa Komunikasi Strategik Dan Kesihatan Digital iaitu Dr Noraidatulakma Abdullah dan En. Mukhriz Mudari.