Program Audit Dalam Bersepadu MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti

Program Audit Dalam Bersepadu MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti, Pengurusan Pengajian Prasiswazah dan Siswazah (SPK PPPS) yang telah dijalankan secara fizikal dengan pematuhan SOP yang ketat pada Isnin, 15 November 2021. Hasil auditan tersebut tiada sebarang ketiadakpatuhan (NCR) dilaporkan dan terdapat 4 Peluang Penambahbaikan (OFI).
UMBI merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli pasukan audit iaitu Prof. Madya Dr. Malina Jasamai (Kualiti) selaku Ketua Juruaudit, Prof. Madya Dr. Rabiah Abdul Kadir (Institute of IR 4.0) selaku Penolong Ketua dah juruaudit yang lain iaitu Prof. Madya Dr. Chong Shin (Institut Alam dan Tamadun Melayu) serta Encik Khairuzaman Kadir (Fakulti Pengajian Islam) kerana telah menjalankan proses auditan secara tara bagi membantu UMBI dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan terutamanya bagi skop Pengurusan Pengajian Prasiswazah dan Siswazah UKM.

Photo : AUDIT DALAM BERSEPADU MS ISO 9001:2015