Revolusi Laman Web UMBI: Merentasi Hampir 2 Dekad
Oleh : Mohd Arman bin Kamaruddin, Pegawai Sains Kanan UMBI,
Penyelaras Komunikasi Strategik UMBI
Disemak Oleh : Dr. Chin Siok Fong, Felo Penyelidik merangkap Timbalan Pengarah UMBI|
Tarikh: 30 Ogos 2021 / Semakan ke 2: 1 Januari 2022
Laman web Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) mula dibangunkan pada tahun 2003, seawal penubuhan UMBI menggunakan platform HTML (hypertext markup language). Bermula dengan pengaturcaraan HTML bagi pembinaan laman sehingga kini, pelbagai fasa telah dilalui sepanjang 19 tahun pembangunan.
Tahun 2014 merupakan anjakan terbesar evolusi di mana keseluruhan laman web rasmi Pusat Tanggungjawab (PTJ) bawah UKM diseragamkan dengan menggunakan platform Content Management System (CMS) WordPress. Perubahan ini juga termasuk tapak hos yang berpusat di Fakulti Sains Komputer (FSK) UKM Bangi. Penyeragaman ini membawa impak positif di mana tapak hos berpusat memudahkan urus selia laman web yang lebih sistematik. Selain itu, kawalan akses, kemaskini dan jaringan keselamatan dapat dipertingkatkan ke tahap yang paling optimum. Pemilihan CMS WordPress sebagai platform laman web juga adalah sebuah langkah yang tepat di mana pengurusan isi kandungan dan artikel lebih mudah. Dengan kemahiran pengaturcaraan yang minima, pengemaskinian kandungan dan muat naik artikel adalah lebih mudah berbanding berbanding sistem yang terdahulu.
Jumlah muatnaik bagi penerbitan artikel/berita/input menunjukkan trend yang berbeza sejak tahun 2014 sehingga kini (Carta 1). Daripada 396 artikel yang dimuat naik ke laman web ini, 43 % adalah daripada kategori News & Event dan 21 % daripada kategori Research (Research News & Research Update) (Carta 2).
Carta 1: Penerbitan artikel /berita/input laman web UMBI (2014-2021)
Carta 2: Kategori Penerbitan artikel /berita/input laman web UMBI (2014-2021)
Bermula pada tahun 2018, isi kandungan laman web telah diintegrasikan dengan kandungan dari Google G Suites / Google Workspace UKM seperti Google Drive, Google Photo dan Youtube. Dengan pendekatan ini, maklumat berbentuk statistik, rekod dan lain-lain format yang memerlukan kemaskini secara berkala yang boleh dipaparkan dari pangkalan data luar boleh dicapai secara real time. Ini memberi kelebihan di mana setiap staf yang dipertanggungjawabkan boleh mengemaskini kandungan artikel mereka tanpa melalui panel WordPress dan kemasukan secara manual. Pakej ini juga dilengkapi dengan sistem kawalan dan keselamatan data.
UMBI juga telah membina Youtube Channel bagi memuatnaik semua rakaman video aktiviti bagi tujuan rekod dokumentasi. Sehingga kini, sebanyak 130 video yang telah diarkibkan di dalam medium ini. Video yang dikategorikan sebagai capaian umum telah dimuatnaik ke laman yang berkenaan (sama ada dalam bentuk pautan atau muatan ke laman). Arkib gambar juga telah distrukturkan semula, di mana semua gambar aktiviti tidak lagi dimuatkan ke dalam kandungan laman web. Hanya gambar utama sahaja yang dimuatkan di dalam artikel dan selebihnya diarkibkan di Google Photo. Pautan ke setiap gambar yang telah diarkibkan boleh didapati di dalam artikel yang berkenaan. Ini mengurangkan kapasiti bagi laman web dan tempoh loading page juga adalah di tahap optimum. Rajah 1 hingga 4 menunjukkan integrasi laman web dengan kandungan dari pangkalan data luar dan paparan yang berkaitan.
Rajah 1: Integrasi laman web dengan kandungan dari pangkalan data luar
Rajah 2: Laman yang memaparkan kandungan yang dimuat naik secara automatik dari Google Drive (Google Sheet)
Rajah 3: Pautan dari Youtube
Rajah 4: Pautan dari Google Photo
Sejak Mac 2020, laman web UMBI telah mula menggunakan Platform Google Analytic bagi membuat analisa termasuk melihat perincian pelawat ke laman ini. Carta 3 menunjukkan contoh laporan dari Google Analytic.
Carta 3: Sebahagian daripada laporan capaian laman web UMBI
Carta 4: Analisis bagi proses aliran pelawat. Carta ini menunjukan kluster laman dengan jumlah lawatan tertinggi dan aliran navigasi laman oleh pelawat
Dari segi capaian oleh pelawat, laman web UMBI mencatatkan peningkatan sepanjang tahun (Carta 5). Secara purata, hampir 3,700 pelawat sebulan telah dicatatkan pada tahun 2020 dan jumlah ini berganda kepada lebih 7,900 pelawat sebulan pada tahun 2021.
Carta 5: Jumlah pelawat mengikut tahun
Laman web UMBI juga dilengkapi dengan pautan ke laman media sosial UMBI (Rajah 5) iaitu Facebook rasmi UMBI (facebook.com/umbi.ukm/) dan akaun Twitter rasmi UMBI (twitter.com/UKM_UMBI) bagi hebahan serta rangkaian yang lebih interaktif dan mutakhir (Rajah 6). Artikel dan berita di laman web juga dikongsikan di platform sosial bagi memastikan kebolehcapaian artikel serta bagi meningkatkan akses kepada orang awam.
Rajah 5: Pautan ke media sosial UMBI
Rajah 6: Facebook rasmi UMBI (facebook.com/umbi.ukm/) dan Twitter rasmi UMBI (twitter.com/UKM_UMBI)
Kandungan dan rekabentuk laman web dikawal dan diseragamkan dengan penggunaan Templat Tema Rasmi WordPress untuk UKM yang telah dibangunkan oleh Pusat Teknologi Komputer, UKM. Penggunaan templat ini menjadikan laman web kebanyakan pusat tanggungjawab (PTJ) di UKM lebih seragam.
Muka hadapan atau laman utama (homepage/ front page) laman web UMBI mempunyai empat komponen utama iaitu Menu bar, Slider, News dan Shortcut. Komponen Menu Bar merupakan elemen konvensional yang kekal dari dahulu hingga kini bagi memudahkan pelawat membuat navigasi pada setiap laman mengikut susunan keutamaan. Komponen Slider adalah elemen yang paling menyerlah. Slider akan memberi keutamaan kepada hebahan berita utama laman web dan akan hanya disiarkan dalam tempoh yang singkat sebelum diganti dengan slider bagi hebahan berita yang lain. Setiap hebahan berita juga akan dimuatkan dalam komponen News. Laman utama hanya akan memuatkan enam berita yang terkini manakala selebihnya akan dimuatkan secara automatik ke laman arkib. Komponen Shortcut pula merupakan laman yang penting dan ingin ditonjolkan. Kesemua laman ini juga boleh diakses melalui komponen Menu Bar.
Rajah 7: Laman web UMBI (Kiri: paparan Android, Kanan: paparan komputer)
Laman web UMBI dibangunkan dan ditadbir urus secara teknikal oleh Pegawai Informations and Communications Technology (ICT) atau Webmaster, manakala reka bentuk serta pengisiannya adalah di bawah seliaan Jawatankuasa Laman Web UMBI. Input hebahan berita adalah dipertanggungjawabkan kepada para penyelidik UMBI. Sebelum ini, lantikan Webmaster adalah daripada Naib Canselor UKM. Mulai tahun 2021, kuasa lantikan telah diturunkan kepada Ketua PTJ. Selaras dengan penurunan kuasa tersebut, gelaran webmaster juga telah bertukar kepada Penyelaras Komunikasi Strategik. Kemaskini laman web UMBI kini dilaksanakan oleh Unit Teknologi Maklumat Projek The Malaysian Cohort.
Seiring dengan pergerakan masa, laman web UMBI akan sentiasa dilestarikan, kekal relevan dan terus memainkan peranan penting sebagai medium komunikasi rasmi pada masa kini dan akan datang. Sebarang cadangan penambahbaikan daripada warga UMBI mahupun pihak luar amat dialu-alukan. Cadangan anda boleh dimajukan kepada arman@ppukm.edu.my