Sistem pertahanan badan dan kanser
Nor Adzimah Johdi
adzimah@ppukm.ukm.edu.my
UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI)
Sistem pertahanan badan juga dikenali sebagai sistem imun berfungsi untuk mempertahankan badan kita dari serangan kuman dan benda asing. Namun persoalannya mengapa sistem imun badan gagal membunuh sel kanser dalam badan pesakit? Kebiasaannya, sel-sel imun mampu mengenalpasti dan membunuh sel yang rosak sepanjang masa termasuklah sel kanser. Sekiranya ini tidak berlaku, pasti sel kanser membiak jauh lebih awal dari yang sedia ada. Ini kerana proses pembahagian sel-sel badan berlaku dengan cepat dan sepanjang masa. Maka, keberangkalian untuk berlaku kesilapan semasa proses tersebut adalah sangat tinggi. Kesilapan ini menjadikan sel rosak dan membahayakan badan. Di dalam kebanyakkan situasi, sistem imunisasi akan bertindak sebagai pengawal untuk mempastikan kesilapan sel adalah sedikit dan disingkirkan dari sistem badan. Sekumpulan sel imun yang dikenali sebagai sel T pembunuh (cytotoxic T cell) adalah antara sel imun yang bertanggungjawab untuk mengawasi sistem badan kita dan membuang sel yang rosak. Selain itu, sel T pembunuh ini juga mampu menyingkirkan sel tumor yang kecil sebelum sel-sel ini merebak dan membahayakan kesihatan badan seseorang. Sekiranya sistem imun kita berupaya menyingkirkan sel tumor pada peringkat awal, mengapa sel kanser boleh terus membiak dan menyebabkan penyakit kepada manusia?
Sel imun dan penyingkiran sel tumour kecil
Di peringkat awal pertumbuhan sel kanser, sel imun akan bertindak membunuh sel-sel kanser dari membiak. Ini dinamakan fasa membuang (eliminating phase) dimana sel imun mengawal sepenuhnya sel kanser. Namun, apabila kadar pertumbuhan sel kanser mula menyamai aktiviti sistem imun, maka ia mencapai tahap keseimbangan (equilibrium phase). Sel imun berusaha keras untuk masih mengawal sel kanser sepanjang pertumbuhan dan pembahagian sel kanser. Namun, setelah sekian masa, sel kanser akan mempunyai perubahan genetik yang merupakan satu meknisme untuk sel kanser melarikan diri dari kawalan sistem imun. Perubahan genetik dan pertumbuhan yang cepat oleh sel kanser menyebabkan mereka dapat mengatasi sel imun dan membebaskan diri dari kawalan sel imun. Pasa ketika inilah, sel imun hilang kawalan terhadap sel kanser dan menyebabkan sel kanser cepat membesar, membiak dan merebak.
Sel Kanser gagal dikesan oleh radar sistem imun
Sel-sel imun mengenalpasti signal bahaya melalui sekumpulan molekul yang berada di permukaan sel-sel di dalam badan. Ini membolehkan mereka mengenal pasti dan membezakan sel badan dan sel yang berpotensi mendatangkan bahaya. Namun apabila sel kanser mencapai fasa menghindari dari sistem imun (escape phase), tiada signal yang memberitahu sistem imun tentang kewujudan sel kanser. Akibatnya, sel imun tidak dapat mengesan bahaya yang akan datang. Sel kanser juga mempunyai cara untuk menyahaktifkan sel imun dengan penghasilan molekul tertentu. Jadi, sel kanser berupaya mengubah persekitarannya menyebabkan sel imun tidak mudah untuk mengesan bahaya. Contohnya, apabila sel kanser mengubah persekitarannya, sel T pembunuh yang sampai di persekitaran ini akan dinyahaktifkan dan tidak mampu menjalankan fungsinya.
Memperkuatkan sel imun
Banyak hasil penyelidikan telah menunjukan bahawa sebarang perubahan penyahaktifkan pada sel imun tidak lah kekal. Sekiranya, kita dapat mencari cara yang berkesan untuk mengaktifkan semula sel imun di persekitaran kanser, sel imun berkemungkinan akan dapat menghapuskan sel kanser. Ini merupakan asas kepada terapi imun yang cuba menggunakan dan mengaktifkan semula sel imun pesakit kanser. Teknik baru nie memberikan alternatif rawatan dan peluang kesembuhan yang baru. Antara contoh terapi imun adalah checkpoint inhibitors yang telah digunakan secara meluas untuk merawat pelbagai jenis kanser termasuk kanser paru-paru, buah pinggang dan melanoma.
Namun, terapi imun ini tidak sesuai untuk semua pesakit kanser. Ada diantara peskait yang tidak mendapat manfaat dari terapi ini. Penyelidik masih cuba memahami asas kepada proses bagaimana sel kanser dapat lari dan menghindari diri dari sistem imun badan dengan lebih mendalam. Di UMBI penyelidikan dalam bidang sel imun dan kanser giat dijalankan oleh kumpulan kanser imunologi. Aspek yang dititikberatkan dalam penyelidikan termasuklah petanda awal imun dalam kanser, asas perkembangan imun dalam kanser, terapi imun dalam kanser dan sebagainya. The topic is so interesting that online games have already begun to appear on the network on leading web sites.
Aktiviti-aktiviti penyelidikan di dalam kumpulan kanser imunologi.
Tarikh penerbitan: 27 Februari 2020