Situasi Dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi SPIKE PROTEIN COVID-19 Di Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan telah dijalankan oleh UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI-UKM), Faculty of Medicine (FOM-UM), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM), Tr
- 384 kes varian Delta (B.1.617.2); dan
- Lapan (8) kes varian Beta (B.1.351).
UMBI-UKM telah mengenalpasti sebanyak 91 kes yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2). FOM-UM telah mengenalpasti sebanyak 83 kes iaitu 79 kes varian Delta (B.1.617.2) dan empat (4) kes varian Beta (B.1.351). iPROMISE-UiTM telah mengenalpasti sebanyak 77 kes yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2). TIDREC-UM telah mengenalpasti sebanyak 51 kes iaitu 50 kes varian Delta (B.1.617.2) dan satu (1) kes varian Beta (B.1.351). MGI telah mengenalpasti sebanyak sebanyak 48 kes iaitu 47 kes varian Delta (B.1.617.2) dan satu (1) kes varian Beta (B.1.351) dan IMR telah mengenalpasti sebanyak sebanyak 42 kes iaitu 40 kes varian Delta (B.1.617.2) dan dua (2) kes varian Beta (B.1.351).
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant Under Monitoring (VUM) adalah sebanyak 2,252 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 2,232 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;
- 1,996 kes varian Delta;
- 222 kes varian Beta; dan
- 14 kes varian Alpha.
Bagi VOI, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) telah menyemak semula kategori ini pada 30 September 2021. Terdapat hanya dua (2) VOI yang baru iaitu Lamba (C.37) dan Mu (B.1.621) manakala Theta, Kappa dan Eta telah dikategorikan sebagai variant under monitoring (VUM).
Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
7 Oktober 2021
Artikel Berkaitan Situasi Dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein Covid-19 Di Malaysia
10 September 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/covid-19-103-kes-varian-delta-dikesan-di-9-negeri/).
07 Oktober 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia/).
25 September 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/covid-19-23-kes-varian-baharu-38-kes-varian-voc/).
04 November 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-covid-19-di-malaysia-04112021/).
06 November 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-penemuan-subvarian-delta-ay-4-2-di-malaysia/).
02 Disember 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/2-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/).
18 Disember 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-2/).