Sumbangan Lunch Box pada Petugas Barisan Hadapan HCTM
UMBI dan MyCRO Sdn Bhd berbesar hati menyumbangkan Lunch Box kepada petugas barisan hadapan HCTM, khususnya yang bertugas di Wad COVID-19 sebagai sokongan solidariti serta penghargaan atas pengorbanan mereka. Ini merupakan sumbangan kumpulan ke 3 sebanyak 60 pax melibatkan Unit Forensik, Wad 5J, Wad 5E, Wad 1C.
Sumbangan ini disampaikan oleh wakil dari Mycro Sdn Bhd & UMBI terus melalui Pn Yasmin untuk diagihkan kepada wakil setiap wad pada 8 September 2021.
- Sumbangan kumpulan pertama telah dilaksanakan pada 25 Ogos 2021 melibatkan Wad Eksekutif, Wad 7C, Wad 6B dan Wad 6E (https://www.ukm.my/umbi/news/sumbangan-lunch-box-pada-petugas-barisan-hadapan-hctm/).
- Sumbangan kumpulan kedua telah dilaksanakan pada 1 September 2021 melibatkan Wad Warga, Wad 4G, Wad 4E dan Team Swab JPMD. (https://www.ukm.my/umbi/news/sumbangan-lunch-box-pada-petugas-barisan-hadapan-hctm-2/).
Pengagihan sumbangan akan diteruskan pada wad COVID-19 yang lain pada tarikh berikutnya.