Tahniah Lulus Viva – Kee Ooi Ting
Tahniah buat Kee Ooi Ting, Pelajar Sarjana Sains di Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) yang telah lulus Peperiksaan Lisan Tesis Ijazah Sarjana Sains pada 2 Disember 2024 secara hibrid dengan tajuk tesis Model Ramalan Risiko Penyakit Kardiovaskular Dalam Kalangan Diabetes Melitus Jenis Dua Menggunakan Pembelajaran Mesin.
Tahniah juga kepada barisan penyelia iaitu Dr. Noraidatulakma Abdullah @ Muda, Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan dan Jawatankuasa Penyeliaan yang lain iaitu Prof. Dr. Norlaila Mustafa, Prof. Madya Dr. Rosmina Jaafar, Prof. Madya Dr. Nor Azian Abdul Murad dan Prof. Madya Dr. Chin Siok Fong.
(Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa Siswazah dan Peperiksaan Lisan Kertas Bil.5/2024)