Taklimat Pengurusan Buangan Terjadual (Sisa Kimia) & Botol Kosong
21 Mac 2023 – Satu taklimat berkaitan Pengurusan Buangan Terjadual (Sisa Kimia) & Botol Kosong anjuran ROSH UKM dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) UMBI telah diadakan di Auditorium UMBI. Taklimat ini terbuka kepada semua warga UKM yang terlibat dalam pengurusan buangan terjadual khususnya dan juga pengendali bahan kimia amnya. Pegawai Sains Kanan ROSH UKM, Cik Siti Rahimah telah menyampaikan taklimat tersebut yang berlangsung selama dua jam dari jam 2.00 PM hingga 4.00 PM.
Tujuan taklimat ini adalah untuk memastikan pengguna bahan kimia memahami konsep dan objektif pengurusan buangan terjadual berdasarkan kepada keperluan perundangan. Pengguna juga diharapkan dapat mengendalikan buangan terjadual dengan kaedah yang betul dan selamat serta mengenalpasti dan mengkelaskan buangan terjadual (sisa kimia) mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Pengenalpastian bekas pembungkusan, pelabelan dan penstoran yang sesuai bagi bahan buangan terjadual yang betul juga perlu difahami oleh pengguna terlibat bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua pengendali sisa makmal ini sentiasa terjamin.
Diharap dengan penganjuran taklimat ini dapat dijadikan panduan yang berguna kepada warga UKM.
#UMBIsharing
#UKM