Ucapan Tahniah – Dr. Khairul Anwar


Tahniah diucapkan kepada Dr. Khairul Anwar Zarkasi (4-dari kanan), Pelajar Doktor Falsafah di Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) yang telah lulus Peperiksaan Lisan Doktor Falsafah (Perubatan Molekul) pada 2 Ogos 2024 dengan tajuk tesis “Interaksi Gen-gen dan Gen-Persekitaran pada pesakit Diabetes Mellitus jenis dua yang meninggal dunia akibat penyakit jantung koronari dalam kalangan peserta Projek Kohort Malaysia”.

Tahniah juga diucapkan kepada barisan penyelia iaitu Y.Bhg Profesor Datuk Dr. A Rahman A Jamal selaku Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan dan barisan Jawatankuasa Penyeliaan iaitu Prof Madya Dr. Nor Azian Abdul Murad, Dr Noraidatulakma Abdullah dan Prof. Madya Dr. Norfazilah Ahmad.

Pemeriksa Dalam: Prof. Madya Dr. Elena Aisha Azizan, FPER, UKM.
Pemeriksa Luar: Prof. Dr. Hoh Boon Peng, International Medical University

Tahniah Dr. Khairul!!