Ucapan Tahniah – Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal

 

Tahniah diucapkan kepada Profesor Datuk Dr A Rahman A Jamal, Felo Penyelidk Utama UMBI atas penganugerahan Anugerah Bitara UKM 2023 (Tokoh Akademik), yang merupakan anugerah utama dalam majlis berprestij ini.

Seramai 43 warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dinobatkan sebagai pemenang dalam 16 kategori Individu dan Kumpulan pada Majlis Anugerah Bitara UKM 2023.

Majlis ini merupakan tanda penghargaan universiti kepada kecemerlangan kakitangan dan jabatan di dalam bidang akademik, penyelidikan, pengantarabangsaan, penjanaan serta pembangunan modal insan.

Majlis disempurnakan dengan penyampaian anugerah oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UKM (LPU), Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Naib Canselor UKM, Profesor Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj Toriman dan diiringi oleh Pro Naib Canselor, Strategi dan Pembangunan Korporat, Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan dan Ahli Lembaga Pengarah UKM, Dato’ Dr. Zaidi Md. Zain Zakaria.

Pengerusi LPU telah merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pemenang anugerah atas usaha dan komitmen dalam menjayakan semua agenda pembangunan dan pemerkasaan universiti.

Sumber: https://www.facebook.com/UKMOfficial/

#UMBIsharing
#UKM