Ujian Antigen dan Antibodi Serta Pengawasan Covid-19 di kalangan Kakitangan Kesihatan UKM KKL
Oleh: Professor Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Felo Penyelidik Utama UMBI.
Covid-19 adalah jangkitan coronavirus baru yang telah mencapai status pandemik, menurut WHO. Menurut Chen et. al, pesakit Covid-19 menunjukkan simptom seperti demam (83%), batuk (82%), sesak nafas (31%), sakit otot (11%), kekeliruan (9%), sakit kepala (8%), sakit tekak ( 5%), rhinorrhea (4%), sakit dada (2%), cirit-birit (2%), dan mual dan muntah (1%). Jangkitan Covid-19 juga boleh menyebabkan sindrom gangguan pernafasan akut (ARDS) dan kejutan septik, yang boleh menyebabkan kegagalan organ.
Berkenaan dengan kawalan pencegahan jangkitan, WHO telah mengesyorkan langkah kebersihan diri yang rapi, seperti mencuci tangan dan memakai Peralatan Pelindung Diri (PPE) semasa melakukan prosedur atau rawatan terhadap pesakit yang terjangkit, terutamanya bagi petugas kesihatan. Oleh itu, CDC USA telah menyenaraikan pekerja kesihatan sebagai keutamaan Tahap 3 untuk ujian Covid-19. Terdapat segelintir kajian yang telah maklum dengan informasi tersebut. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan untuk dijadikan sebagai batu loncatan bagi pengawasan Covid-19 di Malaysia.
Secara rutin, pesakit yang mengalami simptom akan diperiksa dengan pengambilan sampel nasofaring dan tekak, dan Rapid Test Kit (RTK). Ujian RT-PCR telah dikenal pasti sebagai sebuah pendekatan diagnostik untuk mengesan jangkitan Covid-19, dan akan diproses mengikut protokol standard WHO, iaitu melalui pengenalpastian tiga gen sasaran iaitu gen E, RdRp dan N. RTK pula akan mengukur tahap antibodi IgM dan IgG. Kajian menunjukkan bahawa tahap IgM mula meningkat pada Hari ke-7 pendedahan jangkitan, dan akan memuncak pada Hari 14 dan seterusnya. Justeru, dua sampel ujian RTK dan satu sampel dari nasofaring dan tekak akan diambil dalam kajian ini.
Kajian ini bertujuan untuk menyediakan ujian saringan dan pengawasan jangkitan Covid 19 terhadap kakitangan kesihatan di Kampus Kuala Lumpur UKM, bagi menentukan risiko jangkitan dengan menggunakan ujian RT-PCR dan RTK. Kajian ini memerlukan peserta menjalani ujian sampel dalam bentuk swab nasofaring dan tekak, dan sampel darah. Petugas yang terlatih akan mengambil sampel dan dihantar bagi diagnosis Covid-19, menggunakan dua kaedah iaitu, RT-PCR (bagi sampel nasofaring dan tekak) dan RTK (bagi sampel darah). Untuk RTK, sebanyak 2 sampel akan diambil, setiap satu pada hari ke-1 dan hari ke15. Bergantung pada keputusan ujian, pada Hari 1, jika IgG / IgM positif, sampel darah 5ml akan diambil bagi tujuan validasi. Sekiranya IgG / IgM anda negatif, anda mungkin perlu diambil sampel darah sebanyak 5 ml sebagai kawalan negative (hanya 50 sampel yang diperlukan untuk ini). Sekiranya keputusan IgG / IgM anda positif pada Hari ke-15, 5 ml sampel darah akan diambil untuk penyelidikan lebih lanjut dan RT-PCR akan diulang. Bagi ujian RT-PCR, hanya satu sampel yang diambil pada hari pengambilan (hari ke-1). Sampel ini kemudian akan dihantar ke makmal ujian dan mengikut protokol standard. Sewaktu pengambilan sampel, prosedur biokeselamatan serta penggunaan ‘Personal Protective Equipment’ (PPE) akan dipatuhi oleh semua kakitangan yang terlibat dalam setiap proses kajian.
Sementara menunggu keputusan, anda diminta untuk mengikuti protokol standard selepas pengambilan sampel. Keputusan ujian tersebut akan kembali selepas 48 jam bagi RT-PCR, dan pada hari sama untuk RTK (tertakluk pada pengesahan sampel) dan anda akan dimaklumkan setelah keputusan ujian diperoleh. Anda akan diuruskan mengikut keputusan ujian. Sekiranya keputusan ujian anda positif untuk RT-PCR, anda perlu mematuhi protokol KKM standard yang memerlukan anda dimasukkan ke wad. Hasil RT-PCR negatif akan diuruskan mengikut 2 kategori, bergejala dan tanpa gejala. Responden simptomatik akan dirujuk kepada pasukan penyakit berjangkit (Infectious Disease Team) untuk menilai semula risiko pendedahan dan diuruskan dengan sewajarnya. Responden tanpa gejala akan meneruskan pengawasan rumah selama 14 hari. Kajian ini memberi manfaat secara langsung kepada para peserta dalam memberi kesedaran terhadap keadaan mereka dan risiko jangkitan Covid-19. Dengan mengetahui status tersebut, kakitangan akan lebih yakin dan tenang dalam mendepani pesakit malah bersama keluarga di rumah.
Perlu diketahui bahawa proses pengambilan sampel menimbulkan sedikit rasa sakit dan tidak selesa. Sampel nasofaring akan diambil dengan menggunakan swab fleksibel dengan gerakan perlahan dan stabil, dimasukkan dari lantai hidung anda ke dinding posterior nasofaring anda. Kemudian, swab akan ditekan sedikit sehingga terasa rintangan, dan akan diputarkan dengan cara lembut untuk beberapa kali, sebelum ditarik keluar.Untuk pengambilan sampel tekak, sampel akan diambil secara langsung di kawasan tonsil. Refleks muntah adalah reaksi biasa apabila sampel yang baik diperoleh, namun begitu, kakitangan kami adalah terlatih dan akan berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan ketidakselesaan terhadap anda.
Selanjutnya, ujian tambahan mungkin diperlukan untuk pesakit Covid-19 positif mengikut protokol standard WHO. Pegawai kesihatan yang dijangkiti positif mungkin perlu dikuarantin dan dimasukkan ke wad dan kontak dekat (close contact) akan dikesan, disaring dan dikuarantin mengikut standard protokol.
Tidak ada kesan sampingan yang diketahui disebabkan oleh ujian yang dilakukan, kerana ia kini digunakan sebagai ujian rutin untuk Covid-19. Penyertaan adalah sukarela.
Maklumat yang diperoleh dalam kajian ini akan dikumpulkan ke dalam laporan dan mungkin akan diterbitkan untuk rujukan di masa depan. Walau bagaimanapun, semua maklumat anda adalah rahsia. Data yang dikumpulkan tidak akan dilaporkan secara individu untuk melindungi privasi peserta dan maklumat hanya dapat diakses oleh pasukan penyelidik dan Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM. Peserta tidak perlu membayar kos ujian. Kos ujian swab secara pukal, ‘viral transport medium’, PPE dan bahan pakai buang yang lain akan ditanggung oleh pihak HCTM. Tanggungan dana ini akan dibantu oleh geran dalaman dari pihak UMBI.
Sila rujuk kepada para penyelidik kami. Atau anda juga boleh menghubungi terus ke Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM bagi pertanyaan lanjut.
Nota: Artikel ini adalah disediakan oleh Ketua Penyelidik projek ini dan merupakan maklumat dari Risalah Maklumat Peserta.
ANTIGEN AND ANTIBODY TESTING AND SURVEILLANCE OF COVID-19 AMONG HEALTHCARE PERSONNEL AT THE UKM KUALA LUMPUR CAMPUS
Covid-19 is a novel coronavirus infection which has reached pandemic status, as according to WHO. According to Chen et. al, symptomatic patients clinically presents as having fever (83%), cough (82%), shortness of breath (31%), muscle ache (11%), confusion (9%), headache (8%), sore throat (5%), rhinorrhea (4%), chest pain (2%), diarrhea (2%), and nausea and vomiting (1%). These presentations may also lead to acute respiratory distress syndrome (ARDS) and septic shock, which can cause organ failure.
In regards to infection prevention control, WHO has recommended several strict personal hygiene, such as hand washing and wearing Personal Protective Equipment (PPEs) during close contact with patient, especially for healthcare personnel. In view of this, CDC USA has listed healthcare workers as a Level 3 priority for Covid-19 testing2. Few studies have responded to this concern. Hence this research is being conducted to serve as a landmark for Covid-19 surveillance in Malaysia.
Routinely, symptomatic patients will be screened with nasopharyngeal and throat swabs, and Rapid Test Kits (RTK). RT-PCR is identified as the diagnostic approach for Covid-19, which will be measured according to WHO standard protocol that will look into the identification of the three target genes i.e. E, RdRp and N genes. On the other hand, RTK measures the antibody levels of IgM and IgG. Studies shown that IgM level begins to rise at Day 7 of exposure, and will peak at Day 14 onwards. Hence, there will be two samples taken for RTK, and only one sample each from the nasopharynx and throat in this study.
We aim to provide Covid-19 infection screening and surveillance towards healthcare personnel in UKM Kuala Lumpur Campus, to determine their risk of exposure towards the virus by using RT-PCR and RTK. This study will require you to take part in test sampling in the form of nasopharyngeal and throat swabs and blood prick. A trained personnel will perform all sampling and these samples are to test for Covid-19, using two methods being, RT-PCR and RTK, via respective samples. For RTK, a total of 2 blood prick samples would be taken on Day 1 and Day 15. Depending on the test results, on Day 1, if your IgG/IgM is positive, we will take 5mls of blood sample for further investigation. If your IgG/IgM is negative, you may need to be taken 5mls of blood sample as a negative control (only 50 samples are needed for this). If your IgG/IgM result is positive on Day 15, 5 mls of blood sample will be taken for further investigation and RT-PCR will be repeated. For RT-PCR, only one sample will be taken on the day of recruitment (Day 1). These samples would then be sent to the lab for further testing, according to the standard protocols. During sampling, biosafety procedure including the use of Personal Protective Equipment (PPEs) will be adhered by all staffs involved, from the sampling station to the laboratories.
While waiting for results, you are required to follow the standard protocols after sampling. Results will return after 48 hours for RT-PCR, and on the same day for RTK (subject to verification), and you will be notified on paper once the results are obtained. You will be managed according to the test results. If your test result is positive for RT-PCR, you will need to adhere to the standard MOH protocols under Management of Confirmed Covid-19 Cases which requires you to be admitted. A negative PCR result will be managed according to 2 categories, symptomatic and asymptomatic. Symptomatic respondent will be referred to infectious disease team for reassessment of exposure risk and managed accordingly. Asymptomatic respondent will continue 14 days home surveillance. This study directly benefits its participants in providing awareness towards their condition and exposure towards Covid-19 infection. This eventually creates a sense of security upon handling patients or returning from work.
It is to be informed that the swab sampling may not be a pleasant experience and could induce slight pain and discomfort. The nasopharyngeal swab will be taken by introducing the flexible swab with a slow, steady motion, from the floor of your nose to the posterior wall of your nasopharynx. The sampler will then slightly depress the swab until resistance is met, and will rotate the swab gently several times, before it is withdrawn. As for the throat swab, the sample will be directly taken at the tonsil area. A gag reflex is common reaction when a good sample is obtained, however, our personnel are trained and will try their best to avoid as much discomfort to you.
Furthermore, additional tests may be required for positive Covid-19 patients as according to WHO standard protocol. The positively infected healthcare personnel may need to be quarantined and admitted, plus close contacts will be traced, screened and quarantined as per protocol.
No major side effects are known to be caused by the tests performed, as it currently being used as a routine test for Covid-19. Participation is voluntary.
The results gained in this study will be collected into a report and may be published for future reference. However, you are rest assured that all your information are confidential. The data collected will not be individualized to protect participant’s privacy and can only be accessed by the sampler, the research team and the UKM Research and Ethics Committee. You are not required to pay for the tests. Cost of flocked swabs, viral transport medium, PPEs and other consumables supported by PPUKM. This will be supported by an internal grant from UMBI.
Any enquiries, please refer to our research team Or you may also direct your query to the UKM Research and Ethics Committee for further clarification.
Note: This article is written by the Project Leader of this research and is the information from the Participant Information Sheet.