Sambutan Hari DNA UMBI 2021
-
Sambutan Hari DNA Sedunia merupakan acara tahunan yang diadakan untuk memperingati kejayaan Projek Genom Manusia pada tahun 2003 dan penemuan struktur heliks ganda DNA pada tahun 1953. Matlamat utama acara ini adalah untuk memperkenalkan peranan DNA dalam kehidupan kita dan untuk meraikan pencapaian terkini di dalam penyelidikan genom kepada para pelajar, guru dan orang awam.
Oleh itu, UMBI akan mengadakan Sambutan Hari DNA pada 26 April 2021 kepada masyarakat, khususnya kepada pelajar tingkatan 4 dari sekolah berdekatan. Pelbagai aktiviti menarik akan disediakan seperti yang diperincikan pada laman berikutnya.
Tidak seperti tahun sebelumnya, pada tahun ini, program ini dilaksanakan secara atas talian (ZOOM). Terdapat 3 aktiviti yang dijalankan sebelum hari sambutan ini iaitu Cabaran Eksperimen Mini, Cabaran Model DNA dan Pertandingan Poster Aplikasi DNA. Pemenang untuk kesemua cabaran ini akan diumumkan pada hari program iaitu 26 April 2021.
Pada hari program (26 April 2021), terdapat 4 program menarik yang akan dijalankan iaitu Ekstraksi DNA, Ujian Covid 19 di UMBI, Misteri Pembunuhan En. Yasin dan Kuiz. Pelbagai hadiah dan wang tunai juga ditawarkan sepanjang program ini.
Ayuh, kepada guru dan pelajar, jom sertai program ini! Jangan lepaskan peluang menimba ilmu sains DNA sambil berseronok dan menikmati pelbagai hadiah.
The World DNA Day celebration is an annual event to commemorate the success of the Human Genome Project in 2003 and the discovery of DNA double helix structure in 1953. The goal of this event is to introduce the role of DNA in our life and to celebrate the latest achievements in the genome research to students, teachers and the public.
Therefore, UMBI will hold a DNA Day Celebration on 26 April 2021 for the public, especially to the form 4 students from nearby schools. Lots of interesting and memorable activities are provided as stated in the next page.
Unlike the previous year, this program is run online (ZOOM) this year. There are 3 activities carried out before this celebration day, namely Mini Experiment Challenge, DNA Model Challenge and DNA Application Poster Competition. Winners for all these challenges will be announced on the day of the program, 26 April 2021.
Winner on the day of the program (26 April 2021), there are 4 interesting programs that will be conducted, namely DNA Extraction, Covid 19 Test at UMBI, Mystery of the Murder of En. Yasin and Quiz. Various prizes and cash are also offered throughout the program.
Come on, teachers and students, let’s join this program! Don’t miss the opportunity to gain knowledge in science of DNA while having fun and enjoying various prizes.
Photos of the previous event of UMBI DNA Day Celebration
2019 https://photos.app.goo.gl/qrZih8KbK9c5J7mdA
2018 https://photos.app.goo.gl/C8mQDjEtEw2z5S1E2
2017 https://goo.gl/photos/kouMwHYpEzWh4UDz5
2016 https://goo.gl/photos/8W7UgbGtMSQCyU1S7
2015 https://photos.app.goo.gl/xvNpTBxjFmGrlBV83
2014 https://photos.app.goo.gl/ZEEPhxkQY0Ef09di2
2013 https://goo.gl/photos/2zDieSpS7GJTTEmm8
2012 https://photos.app.goo.gl/ZtYAGidAnGHesIDg1